Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Percepatkan Usaha Untuk Mendapatkan Dana Antarabangsa Bagi Perlindungan Hutan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Persekutuan supaya dengan segera mempercepatkan usaha untuk mendapatkan dana antarabangsa untuk membantu negeri-negeri melindungi dan memulihara hutan mereka yang amat penting bagi menangani perubahan iklim dan melindungi biodiversiti, dan bukan membenarkannya untuk dibalak dan  tujuan lain.

SAM membuat gesaan ini lanjutan daripada laporan media semalam bahawa Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan bahawa 40 pemegang konsesi hutan perlu dibayar RM1 bilion sebagai pampasan atau diberikan hutan ganti kerana penarikan balik konsesi mereka dalam hutan simpanan kekal oleh kerajaan sebelum ini.

Larangankan kunjung mengunjungi di Hari Raya

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi dan sudah pasti masyarakat Islam ternanti-nanti untuk merayakannya seperti biasa, iaitu sebelum muncul wabak Covid-19.  Namun bagi mereka yang berhasrat meraikannya bersama kaum keluarga dan sahabat handai, itu bukanlah tindakan yang bijak dan merupakan satu kesilapan yang besar.

SAYANGI DAN HARGAILAH ALAM SEKITAR UNTUK KEBAIKAN BERSAMA

Lanjutan arahan perintah kawalan pergerakan bermula dari Fasa 1 hingga ke Fasa 3 bukan sahaja menurunkan kadar jangkitan COVID-19 malah sedikit sebanyak berjaya mendidik masyarakat agar lebih menghargai alam sekitar dan bagaimana ianya memainkan peranan penting dalam kehidupan harian kita.

Walaupun pihak kerajaan telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) Fasa 4 bermula 4hb Mei 2020 dan bakal berakhir pada 12hb Mei 2020, ia bukanlah tiket untuk kita melakukan kembali perkara-perkara yang menyumbang dalam pencemaran alam sekitar atau melanggar undang-undang yang bertujuan melindungi alam sekitar.

GAIK Bantah Cadangan Insinerator di Jeram, Kuala Selangor

Gabungan Anti-Insinerator Kebangsaan (GAIK) ingin menarik perhatian orang ramai bahawa sebuah insinerator sedang dicadangkan di Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu Jeram di Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor, Selangor. Projek yang dicadangkan adalah insinerator piringan bergerak, yang digelar sebagai loji “sisa kepada tenaga”, berkapasiti 1,200 tan/hari yang lokasinya bersebelahan dengan tapak pelupusan sisa Jeram.

Pengumuman dan ringkasan eksekutif laporan Penilaian Impak Alam Sekeliling (EIA) projek yang dicadangkan sedang dipaparkan di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS). Laporan EIA lengkap projek boleh dilayari di https://www.europasia.com.my/projects/eia-report-jeram/

Pihak Berkuasa Negeri Perlu Tegas Membendung Kegiatan Pencerobohan dan Penerokaan Haram Kawasan Hutan Simpanan Kekal dan Tanah Kerajaan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Pihak Berkuasa Negeri Kelantan tegas dalam membendung kegiatan pencerobohan dan penerokaan haram untuk tujuan perlombongan di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Tanah Kerajaan terutama dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Walaupun negara masih dalam tempoh pelaksanaan PKP, Pihak Berkuasa Negeri perlu mengarahkan agensi-agensi yang berkenaan melakukan tindakan proaktif apabila menerima aduan awam atau laporan yang disiarkan oleh pihak media.

FIKIRKAN SEMULA PARADIGMA PEMBANGUNAN UNTUK MENGHINDARI KRISIS PADA MASA DEPAN BERIKUTAN SALAH URUS ALAM SEKITAR

Hari ini, 22hb April adalah Hari Bumi. Ianya adalah hari untuk mengingati Bumi dan bagaimana kita memperlakukannya. Kali ini, Hari Bumi berlangsung pada masa COVID-19 melanda Bumi kita, ketika ekonomi dunia tergendala, dengan sekatan serta kawalan diadakan untuk menangani kesan buruk dari pandemik kesihatan ini.

Ia juga merupakan masa ketika pelepasan gas rumah hijau dan tahap pencemaran turun di seluruh dunia, yang sukar untuk dicapai sebelumnya. Seperti ungkapan dalam Editorial Guardian (U.K, 14 Mac), "brek terhadap pelbagai jenis kegiatan ekonomi di seluruh dunia telah menyebabkan pengurangan pelepasan karbon yang sebelumnya tidak dapat difikirkan: 18% di China antara Februari dan Mac; antara 40% dan 60% sejak beberapa minggu kebelakangan ini di Eropah ”

alt

alt

alt

alt

alt