Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

CAP Sambut Baik Lesen Untuk Nelayan Zon A

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyambut baik keputusan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Jabatan Perikanan yang akan membuka semula permohonan lesen nelayan pantai (Zon A) untuk mereka yang aktif dalam bidang ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam kenyataan akhbar tempatan (Sinar Harian, 27 Julai 2020) baru-baru ini berkata, isu lesen memerlukan perhatian sewajarnya memandangkan nelayan sentiasa terdedah kepada risiko ketika di laut.

BERSABARLAH

Adalah menjadi lumrah alam bahawa apa sahaja memerlukan masa. Tumbuhan perlu ditanam, dijaga dan membesar sebelum buahnya dipetik. Telur juga perlu menetas. Anda tidak boleh memecahkannya dan memaksa anak ayam keluar. Sama juga dengan manusia, seseorang itu bersedia sebelum menerima mesej. Mereka perlu melalui pengalaman atau kematangan untuk mendapatkannya.

Seperti tumbuhan, seseorang itu juga perlu dipelihara sejak bayi sehingga dewasa untuk menjadi seorang yang penyayang, bertanggungjawab, tenang dan manusia yang berpuas hati. Semuanya memerlukan masa, kesabaran dan renungan.

Tidak sabar umpama ribut taufan dalam alam semula jadi.

Untuk lebih lanjut mengenai Kekuatan Emosi, dapatkan buku di sini:

http://pengguna.org.my/index.php/utama/buku/product/view/3/39

 

Adakah kita menjadi seperti orang Amerika?

Impian orang Amerika menjadi MALAPETAKA bagi bumi ini. DAN KITA MASIH MENGINGINKANNYA. Jika setiap orang                      di dunia ini hidup seperti orang Amerika, kita memerlukan 5 bumi untuk menyokong kemanusiaan.

Pengangkutan mampan 20 tahun lepas

 

Kami telah memperkatakan hal ini mengenai PENGANGKUTAN sejak 20 tahun yang lepas (Seminar Pengangkutan Mampan di Malaysia 2001). Masalahnya masih BERTERUSAN dan bertambah TERUK.

Untuk kita menikmati hak yang dijamin oleh perlembagaan kita terhadap kebebasan pergerakan, kita memerlukan sistem pengangkutan yang mampan, cekap dan murah. Ia mestilah membolehkan kita semua – tidak kira kaya, status, jantina dan ketidakupayaan - memenuhi keperluan untuk bergerak ke tempat kerja, rumah dan untuk melakukan aktiviti rekreasi dan sosial dengan lebih cekap pada harga yang munasabah, melalui penggunaan sumber yang lebih mampan dan tanpa kesan sampingan yang serius ke atas alam sekitar.

Hormati undang-undang dan jangan mengikatkan kerajaan dan rakyat kepada projek penambakan SRS

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar menghormati dan mematuhi proses perundangan berhubung Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment - EIA) yang termaktub dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Environmental Quality Act - EQA). Pada masa kini terdapat rayuan di dalam Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah EQA yang mencabar kelulusan EIA tersebut oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Tindakan menandatangani perjanjian bersama rakan kongsi penyampaian projek bagi projek SRS dan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang semalam bahawa projek PSR akan dimulakan pada Februari tahun hadapan, meskipun rayuan tersebut belum didengar, adalah menghina hak rakyat yang diberikan oleh undang-undang. Kerajaan seharusnya ingat bahawa negara kita adalah negara berteraskan undang-undang.

PETANI PADANG TERAP HADAPI MASALAH SALIRAN : CAP

Lebih 100 petani di enam buah kampung dekat Kuala Nerang daerah Padang Terap, Kedah menghadapi masalah kerana sawah seluas 200 hektar yang mereka usahakan tidak mendapat bekalan air dan tidak mempunyai sistem saliran yang sempurna.

Kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Padang Gelanggang, Kampung Pokka, Kampung Lubuk Keriang, Kampung Lubuk Labi, Kampung Tanjung dan Kampung Tanah Merah.

alt

alt

alt

alt

alt