Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Pelaburan Langsung Luar Negara Malaysia dalam Industri Kelapa Sawit:

SAM menggesa kesan negatif dan amalan tidak beretika diberi perhatian
 
Sahabat Alam Malaysia menggesa Kerajaan Malaysia untuk menangani kesan-kesan negatif dan amalan tidak beretika pelaburan langsung di luar negara (OFDI) sejak kebelakangan ini.
 
Walaupun aliran keluar pelaburan Malaysia di luar negara lebih daripada aliran masuk pelaburan ke negara ini, kebimbangan yang serius telah timbul berhubung dengan kesan-kesan negatif industri minyak sawit khususnya.

Hentikan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Perak

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kedah mengambil tindakan segera bagi menghentikan kegiatan pembalakan di Bukit Perak daerah Pendang di sini kerana ia mencemarkan alam sekitar dan menjejaskan kehidupan penduduk tempatan.

Tingkatkan Suara Anda, Bukan Aras Laut!

alt

Esok, lima Jun adalah Hari Alam Sekitar Sedunia dan tema tahun ini ialah “Tingkatkan Suara Anda, Bukan Aras Laut”, memberikan tumpuan kepada pulau kecil dan perubahan iklim. Menurut Laporan Penilaian Kelima IPCC yang dikeluarkan baru-baru ini, suhu permukaan lautan dan daratan dunia telah meningkat hampir 1 darjah Celsius sejak 1901 (purata global 0.89oC), terutamanya kerana aktiviti manusia.

Insinerasi Sisa Mempunyai Banyak Kesan Negatif Terhadap Alam Sekitar, Sosial dan Kesihatan

Kerajaan Malaysia Digesa Untuk Tidak Membina Insinerator

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Malaysia untuk tidak membina insinerator untuk melupuskan sisa di Malaysia. Beberapa cadangan untuk membina insinerator telah dibuat di mana salah satu daripadanya akan dibina di Taman Beringin, Kuala Lumpur yang mendapat bantahan oleh komuniti sekitarnya. Cadangan lain pula ialah untuk membina insinerator di Bukit Payung, Johor dan Sungai Udang, Melaka.

Hentikan Guna Racun Untuk Bersihkan Saliran dan Sungai

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta agensi berkaitan melarang mana-mana pihak yang diberi tanggungjawab membersihkan saliran dan sungai supaya tidak menggunakan racun rumpai bagi tujuan itu.
 
Larangan tersebut perlu dikuatkuasakan segera kerana perbuatan tersebut kini semakin meluas berlaku di kawasan pertanian di negara ini sehingga menjejaskan alam sekitar di tahap yang membimbangkan.

Siasat Projek Ternak Udang Di Kuala Bagan Tiang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang berhubung projek ternakan udang yang akan dilaksanakan berdekatan Kampung Kuala Bagan Tiang dekat Tanjung Piandang daerah Kerian, Perak kerana ia boleh menjejaskan alam sekitar di kawasan itu.

alt

alt

alt

alt

alt