Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Pengeksploitasian sumber hutan untuk kegiatan kuari di Hutan Simpan Segari Melintang tidak wajar dan membimbangkan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyuarakan kebimbangan sekiranya Pihak Berkuasa Negeri masih meluluskan kegiatan kuari (batu granit) termasuk kegiatan pengambilan tanah merah dalam kawasan tanah yang berstatus Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Hutan Simpan Segari Melintang (HS Segari Melintang), Daerah Manjung, Perak.

Pada tahun 2017, SAM pernah menyuarakan kebimbangan apabila Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan kegiatan kuari di sebahagian Kompartmen 13, 14, 15 dan 16, HS Segari Melintang.

Bantahan SAM adalah kerana telah terdapat beberapa kawasan kegiatan kuari sedia ada di HS Segari Melintang yang boleh memberi impak kepada ekosistem hutan dan kawasan semulajadi pesisiran pantai.

 

CAP BIMBANG GANGGUAN BEKALAN AIR PAIP DI KEDAH SEMAKIN SERIUS

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa bimbang berikutan gangguan bekalan air paip yang berterusan dan semakin serius berlaku di Kedah ketika ini. Masalah yang berlarutan sejak lebih 10 tahun yang lalu di negeri tersebut jika tidak ditangani segera boleh menjejaskan keperluan asas dan kesihatan penduduk-penduduk yang terlibat.

Mengulas laporan akhbar tempatan hari ini (Utusan Malaysia : 11 Ogos 2020) CAP bersimpati dengan penduduk-penduduk di beberapa kawasan yang terpaksa berjaga malam dan menggunakan air hujan untuk kegunaan harian kerana bekalan air paip di rumah mereka sering terganggu. Malah ada yang terpaksa membeli air mineral untuk minuman

Kerajaan tidak sepatutnya melonggarkan syarat berhubung operasi Lynas

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan semasa supaya tidak melonggarkan syarat yang dikenakan oleh kerajaan terdahulu bagi operasi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang.

Kebimbangan mengenai kesihatan awam dan keselamatan alam sekitar sepatutnya terus menjadi tumpuan ketika kerajaan membuat sesuatu keputusan dan bukannya berdasarkan kehendak politik dan lobi pihak-pihak yang berkepentingan.

BATALKAN CADANGAN PROJEK AKUAKULTUR DI PANDAK PUTIH, KUALA KURAU, KERIAN, PERAK

Pembangunan projek sangat hampir dengan tebing Sungai Kurau.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Kerian, Jabatan Perikanan Negeri dan Daerah, pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pihak-pihak berkuasa berkenaan memandang serius dan mengambil kira kepentingan masyarakat tempatan berikutan pembangunan projek akuakutur di kawasan Kampung Pandak Putih, Kuala Kurau di negeri Perak.

Sebelum ini pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kerian telah memaklumkan bahawa status tanah tersebut merupakan tanah persendirian. Namun demikian SAM berpandangan sepatutnya perkara ini perlu disemak semula oleh pihak jabatan yang telah membuat ulasan atau sokongan teknikal tentang beberapa aspek pembangunan tersebut.

BATALKAN CADANGAN PROJEK AKUAKULTUR DI PANDAK PUTIH, KUALA KURAU, DAERAH KERIAN, PERAK

 

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Kerian, Jabatan Perikanan Negeri dan Daerah, pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pihak-pihak berkuasa berkenaan memandang serius dan mengambil kira kepentingan masyarakat tempatan berikutan pembangunan projek akuakutur di kawasan Kampung Pandak Putih, Kuala Kurau di negeri Perak.

Sebelum ini pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kerian telah memaklumkan bahawa status tanah tersebut merupakan tanah persendirian. Namun demikian SAM berpandangan sepatutnya perkara ini perlu disemak semula oleh pihak jabatan yang telah membuat ulasan atau sokongan teknikal tentang beberapa aspek pembangunan tersebut.

Kolam-kolam ternakan di jajaran tebing yang melibatkan rizab Sungai Kurau akan membawa ancaman terhadap alam sekitar dan seterusnya kepada masyarakat setempat. Antara beberapa ancaman dan kesan buruk yang akan ditempuh oleh masyarakat dan komuniti nelayan sekiranya projek ini diberi kelulusan ialah pencemaran dari pembuangan sisa kolam ternakan ke dalam Sungai Kurau, hakisan tebing pesisir Sungai Kurau, mendapan sungai serta masalah yang timbul lanjutan daripada laluan bot dan kenderaan lain yang membawa muatan.

Kemungkinan besar pada jangka panjang akan berlaku kepupusan sumber marin di kawasan sekitar. Perkara ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk Kampung Pandak Putih serta para nelayan tempatan kerana projek akuakultur ini akan memberi kesan buruk ke atas alam sekitar dan kehidupan mereka.

Penduduk di sini menyoal sama ada pihak kerajaan negeri mengambil iktibar dari permasalahan yang berlaku dari kolam-kolam ternakan akuakultur yang telah beroperasi di beberapa buah kawasan berhampiran seperti Sungai Kota, Bagan Tiang, Sungai Betol dan Kuala Kurau. Projek akuakultur yang sebelumnya di kawasan ini telah memberi impak negatif kepada alam sekitar, penduduk dan nelayan tempatan di sini.

Menurut Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING) yang telah menyerahkan memorandum kepada beberapa wakil agensi kerajaan ketika program dialog nelayan pantai pada 16hb Julai 2020 di Jeti Nelayan Kuala Bagan Tiang, kehidupan nelayan pantai di daerah Kerian terus ditekan kerana isu-isu yang  membelenggu kehidupan mereka selama ini masih tidak diselesaikan.

Antara saranan yang dikemukakan oleh pihak JARING dalam memorandum tersebut adalah membatalkan aktiviti akuakultur di kawasan ini serta membatalkan pembinaan kolam udang di pinggir Sungai Kurau berhampiran Kampung Pandak Putih yang bakal mengancam sumber perikanan dan hasil tangkapan nelayan pantai dan sungai di beberapa kampung berhampiran.

Selain itu penelitian Draf Rancangan Tempatan Daerah Kerian 2035 mendapati bahawa ianya tidak menyatakan sebarang projek yang melibatkan cadangan projek akuakultur baharu untuk dibangunkan di kawasan Pandak Putih. Tambahan pula jenis atau kategori cadangan akuakultur di daerah ini tertumpu kepada memperkenalkan ternakan sangkar, kerang dan ikan hiasan secare komersial.

Sehubungan itu, SAM bersama JARING menggesa pihak berkuasa Kerajaan Negeri Perak, Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah dan Tanah Kerian, Jabatan Perikanan Negeri & Daerah Kerian, Jabatan Pengairan dan Saliran serta pihak-pihak lain yang berkenaan supaya membatalkan projek akuakultur ini demi kelestarian alam sekitar dan kebajikan nelayan serta penduduk setempat.


Kenyataan Media, 30 Julai 2020

alt

alt

alt

alt

alt