Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Suruhanjaya Siasatan Diperlukan Untuk Menangani Pencemaran Sungai

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya menubuhkan  Suruhanjaya Siasatan untuk mengkaji punca utama pencemaran sungai, termasuk kawasan tadahan air di negara ini. Ia mestilah mengemukakan cadangan yang akan mengakhiri masalah pencemaran sungai yang berterusan ini.

SAM alu-alukan penubuhan unit jenayah alam sekitar

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung penubuhan unit jenayah alam sekitar bagi menangani kegiatan haram yang boleh menjejaskan sumber asli negara.

Kami mengalu-alukan pengumuman Menteri Alam Sekitar bahawa rancangan sedang dilaksanakan untuk menyelaraskan usaha di antara pihak kementerian, polis dan tentera untuk melindungi sumber alam yang sangat berharga daripada masalah pencemaran.

Satu Pihak Berkuasa Persekutuan Diperlukan Untuk Melindungi Sungai

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa supaya ditubuhkan dengan segera satu pihak berkuasa Persekutuan bagi melindungi semua sungai, memandangkan ia merupakan nadi negara dalam bekalan air. Sembilan puluh lima peratus (95%) keperluan air kita datangnya dari sungai.

Kami sekali lagi mengulangi gesaan ini yang telah dibuat beberapa kali di masa lepas, memandangkan berlakunya gangguan air yang teruk di Lembah Klang sejak beberapa hari lalu yang disebabkan oleh pencemaran daripada kilang.

SAM mengalu-alukan usaha kerajaan Negeri Kedah untuk melindungi Hutan Simpan Ulu Muda

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan usaha yang diambil oleh kerajaan Negeri Kedah untuk mendapatkan pampasan sebanyak RM100 juta dari kerajaan Persekutuan kerana memelihara Hutan Simpan Ulu Muda di Sik sebagai kawasan hutan tadahan air untuk kegunaan domestik dan pertanian.

Menurut laporan media, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, telah menyebut dalam sidang DUN Kedah bahawa kerajaan Negeri telah berunding dengan Kementerian Sumber Asli bagi mendapatkan pampasan untuk  mengekalkan kawasan  tadahan tersebut.

Pemandu Kenderaan Tidak Peka Mengejutkan Gajah

Sahabat Alam Malaysia (SAM) bimbang dengan insiden di Lebuhraya Timur-Barat baru-baru ini di mana gajah liar memijak bonet kereta selepas ia terperanjat oleh bunyi hon daripada pemandu kenderaan.

Di dalam keadaan ini, apabila berhadapan dengan gajah, Jabatan Hidupan Liar (PERHILITAN) telah menasihati pemandu kenderaan agar tidak menggunakan lampu tinggi dan mengelakkan daripada membunyikan hon. Bagaimanapun, seorang pemandu yang degil dan tidak sabar telah membunyikan hon, mengakibatkan kesan kerosakan kepada bonet kereta dipijak gajah tersebut. Lima penumpang kenderaan itu bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan.

SAM menyokong cadangan KASA menghentikan sementara penternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor

PULAU PINANG: Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyokong cadangan pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) supaya operasi penternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor dihentikan untuk sementara waktu.

Ini adalah cara terbaik bagi menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar yang tiada kesudahan ini, yang telah menjejaskan keselesaan penduduk serta orang ramai di sekitar kawasan terbabit untuk empat dekad.

alt

alt

alt

alt

alt