Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

CAP Ingatkan MB Kedah: Perlombongan Nadir Bumi Dedah Risiko Toksik

Kami merujuk kepada pengumuman oleh Menteri Besar Kedah minggu lepas bahawa Kerajaan Negeri bercadang untuk melombong unsur nadir bumi (REE) yang bernilai RM62 bilion.

Unsur nadir bumi diekstrak daripada bijih dan mineral memandangkan ia tidak kerap dijumpai dalam kepekatan deposit yang boleh dilombong. Unsur nadir bumi ini sering ditemui selaras dengan radioaktiviti yang signifikan memandangkan bijih dan mineral ini secara semula jadi mengandungi Uranium dan Thorium.

Apa Itu Biasa?

Apa yang kita anggap sebagai “biasa” ialah penerimaan banyak sistem pengeluaran makanan, pertanian, ekonomi, perindustrian yang tidak berfungsi dan sains yang membawa kepada kesihatan kita yang buruk, ketidaksamaan, ketidakadilan, dominasi dan kemusnahan bumi ini. kita menerimanya kerana ia adalah norma dan hanya dunia ini yang kita tahu.

Ia seperti ahli biologi yang hanya melihat tisu kanser dan silap memahami ia sebagai organisma sihat, gagal untuk membezakan antara patologi dan fisiologi.

Memakan Daging Membawa Kesengsaraan dan Memusnahkan Kesihatan dan Bumi

Hari ini, 25 November adalah Hari Tanpa Daging yang disambut di seluruh dunia dan pada kesempatan ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa rakyat Malaysia agar mengurangkan atau jika perlu elakkan daripada memakan daging untuk manfaat kesihatan dan alam sekitar kita.

Meningkatnya kemakmuran membolehkan penduduk di seluruh dunia memakan lebih banyak daging dan Malaysia juga tidak terkecuali. Pengambilan daging per kapita kita telah meningkat daripada 13.2 kg pada 1961 kepada hampir 55 kg pada 2017. Dengan peningkatan pendapatan, diramalkan pengguna Malaysia akan memakan lebih banyak daging pada masa depan.

“Tiada aroma yang masuk akal”

Itulah dasar yang dilaksanakan di Halifax, ibu negeri Nova Scotia, Kanada, yang tidak menggalakkan pemakaian produk pewangi di pejabat perbandaran, perpustakaan, hospital, bilik darjah dan bas.

Sebahagian besar produk pewangi moden dihasilkan daripada petroleum, bukan bunga sebenar.  Banyak di antaranya juga mengandungi ramuan yang tidak disenaraikan dalam label, termasuk bahan-bahan yang boleh menimbulkan kesan alahan kepada sesetengah pengguna.

NGO terkilan dengan aktiviti penebangan hutan di Kompleks Hutan Ulu Muda

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (seperti yang tersenarai di bawah) amat terkejut dan terkilan dengan aktiviti penebangan hutan baru-baru ini di kawasan Kompleks Hutan Ulu Muda.

Berdasarkan imej satelit, antara Mei dan November 2020, kira-kira 87 ekar (0.35 kilometer persegi) hutan berdekatan Tasik Ahning, di Hutan Simpan Bukit Keramat telah ditebang habis dan diteres seperti untuk dijadikan ladang. (Lihat gambar).

Imej itu juga mendedahkan kawasan yang ditebang dan diteres terlebih dahulu hampir dengan kawasan aktiviti penebangan hutan terbaharu.

Kami menggesa kerajaan negeri Kedah menjelaskan dengan segera apakah yang sedang berlaku, memandangkan Menteri Besar Kedah baru-baru ini telah menyatakan bahawa kawasan Hutan Ulu Muda akan dilindungi sebagai kawasan hutan tadahan air di mana sebarang  aktiviti pembalakan tidak dibenarkan.

TINDAK SEGERA KENALPASTI PUNCA TUMPAHAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU PINANG

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkuasa di Negeri Pulau Pinang supaya mengambil tindakan segera bagi mengenalpasti punca masalah tumpahan minyak yang berlaku di perairan laut Pulau Pinang awal pagi tadi.

Diangarkan kira-kira sepanjang dua kilometer pesisir pantai berhampiran bangsal nelayan Paramount dicemari dengan kesan tumpahan minyak.  Kejadian dan punca yang berlaku masih tidak dapat dipastikan lagi malah menjadi tanda tanya kepada sebilangan besar nelayan Paramount di Jalan Sultan Ahmad Shah. Tinjauan SAM ke lokasi mendapati kesan tumpahan minyak berkenaan sudah tiada berkemungkinan telah mendap ke dasar lumpur.

alt

alt

alt

alt

alt