Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kerajaan Malaysia Kelirukan Rakyat Mengenai Pembangunan Tenaga Nuklear

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) membaca dengan penuh kebimbangan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Mah Siew Kiong mengenai usaha kerajaan untuk membangunkan janakuasa nuklear sebagai sumber tenaga masa depan untuk negara.

 

Minggu lepas, Dato' Mah mendedahkan di forum anjuran Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI) bahawa Rang Undang-undang Peraturan Tenaga Atom akan dibentangkan "pada tahun ini", yakni membuka jalan bagi pembangunan tenaga nuklear.

Oleh yang demikian adalah kurang ikhlas​​ di pihak Dato’ Mah bagi mendakwa bahawa beliau telah menghadiri forum tersebut "untuk melihat sama ada kita benar-benar mahu ke haluan tenaga nuklear atau kita tidak mengikut haluan nuklear" dan bahawa kerajaan masih menjalankan kajian mengenai keperluan untuk tenaga nuklear dan berminat dalam perbahasan yang tulen mengenai isu ini.

Ia tidak menghairankan bahawa Dato’ Mah bercakap secara samar-samar, kerana malangnya ini menjadi pendekatan yang tipikal kerajaan untuk memperdayakan orang ramai sejak kerajaan mengumumkan rancangan untuk menjana tenaga nuklear pada tahun 2008.

Hujah-hujah bahawa rizab gas asli semakin berkurangan dan tenaga masa depan dikuasai oleh kebergantungan pada loji kuasa arang batu yang menyumbang kepada pemanasan global telah digunakan untuk mewajarkan kemunculan penjanaan kuasa nuklear.

Sementara mengakui cabaran yang dihadapi oleh Malaysia bersabitan campuran tenaga semasa, kami ingin mengingatkan Dato' Mah bahawa organisasi masyarakat sivil telah menyediakan hujah sah-balas untuk justifikasi ini. Kami telah mengemukakan memorandum pada 2011 yang memperincikan bantahan untuk penjanaan kuasa nuklear dan memberi saranan untuk pembaharuan tenaga yang akan membolehkan Malaysia untuk tidak turun laluan nuklear. Lagipun tenaga nuclear kini ditinggalkan oleh negara-negara lain yang menghadapi cabaran yang sama iaitu kekurangan bahan api fosil dan perlu menangani perubahan iklim.

Dari segi itu, kami tidak bersetuju dengan kenyataan Dato' Mah bahawa rakyat Malaysia yang terlibat dalam perbahasan nuklear terdiri daripada hanya tiga kategori, seperti yang disenaraikan beliau - "mereka yang secara vokal menyokongnya, mereka yang benar-benar tidak tahu apa-apa mengenainya, atau mereka yang percaya kepadanya selagi ia tidak dibangunkan di belakang rumah mereka. "

Terdapat satu kumpulan keempat iaitu mereka yang menentang tenaga nuklear dan telah menyuarakan pandangan kepada kerajaan tetapi sedihnya tidak diendahkan kerana kedudukan kumpulan itu dilihat sebagai tidak boleh dipertahankan dengan dasar nuklear kerajaan yang disenaraikan sebagai salah satu projek titik permulaan Program Transformasi Ekonomi.

Kami, bagaimanapun, bersetuju dengan Dato' Mah bahawa keputusan untuk menerima pakai tenaga nuklear "adalah satu yang sangat penting dan kita mesti buat dengan betul-betul dari mula lagi".

Membuat keputusan yang betul bermakna mendengar dengan fikiran terbuka dan mengadakan rundingan dengan semua pihak yang berkepentingan dengan cara yang ikhlas dan tulen.

Pada bulan Julai 2012, kami mendapat tahu bahawa kerajaan telah memajukan rancangan mereka di mana garismasa terperinci penjanaan tenaga nuklear telah dibangunkan dan ianya menunjukkan bahawa pemilihan tapak akan dimuktamadkan pada tahun 2014, menandakan ini sebagai POINT OF NO RETURN (PERINGKAT YANG TIDAK BOLEH DITARIKBALIK).

Demi ketelusan dan akauntabiliti, kami menggesa Dato' Mah untuk mendedahkan kepada orang awam hasil kajian (dikenali sebagai Program Pembangunan Infrastruktur Tenaga Nuklear - Nuclear Power Infrastructure Development Programme) yang kerajaan dilaporkan telah jalankan sejak 2010 dan pada asalnya dijadualkan siap pada 2013.

Kami percaya bahawa pengenalan Rang Undang-Undang Peraturan Tenaga Atom menandakan satu peristiwa penting dalam rancangan kerajaan sementara ia terus mengelirukan dan menyembunyikan maklumat daripada orang ramai.

Sebagai organisasi masyarakat sivil dan demi kepentingan awam, CAP dan SAM tiada pilihan tetapi untuk melancarkan kempen membantah rancangan pembangunan tenaga nuklear yang tidak bermoral dan membinasakan ini.

Surat Kepada Pengarang, 12 Ogos 2014

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt