Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

KEBIJAKSANAAN SEMULA JADI

Oleh Masanobu Fukuoka, petani dan pengarang One Straw Revolution dan banyak lagi buku lain. Beliau merupakan petani abad ke 20 yang paling luar biasa dan mengamalkan pertanian unik dengan tidak berbuat apa-apa. Pemikir yang mengagumkan yang mempunyai kata-kata yang mendalam berhubung hampir apa saja... pertanian, pendidikan, sains moden, kehidupan dan sebagainya.

“Saya orang kecil, tinggal di pulau kecil di Shikoku, Jepun. Saya gila dan seperti anak kecil. Begitulah saya mahu menjadi manusia. Saya berkata demikian kerana sains dan intelek merupakan satu kesilapan besar yang mengambil manusia daripada alam semula jadi.

Perlu diingat, intelek di sini bermaksud pengetahuan yang dikumpulkan daripada buku dan sains. Tetapi saya mempunyai pemahaman yang berbeza mengenai intelek – yang berkaitan dengan alam semula jadi. Anda mungkin boleh memanggilnya sebagai kebijaksanaan semula jadi, tetapi bagi saya ia kebijaksanaan yang sempurna kerana ia tidak berkaitan dengan pengetahuan kebuku-bukuan.

Malah haiwan kecil dan serangga mempunyai kebijaksaan semula jadi mereka sendiri yang tidak menyimpang daripada kebiasaan. Hanya otak manusia sudah rosak. Tidak seperti manusia, adakah haiwan membezakan antara kaya dan miskin? Adakah mereka berkata: “Saya bijak dan awak bodoh?” Adakah mereka cukup bodoh untuk berperang antara satu sama lain menggunakan senjata pembunuh, atau mereka berkata: “Saya hodoh dan awak cantik?”

Apa yang cantik dan hodoh pula? Adakah dengan mengenakan kosmetik menjadikan seseorang itu cantik? Tidak. Kesederhanaan alam semula jadi adalah keindahan itu sendiri. Jika anda seorang yang sederhana, anda akan mendapati semua perkara dalam dunia ini cantik.

Saya mahu kembali kepada zaman kanak-kanak secepat mungkin. Apabila saya mati, saya mahu ke syurga, yang saya percaya ia syurga. Bumi adalah syurga apabila ia dicipta kira-kira 4 bilion dan 600 juta tahun lalu. Ia hijau sepenuhnya, sehinggalah manusia mula melakukan kemusnahan. Tetapi saya mahu dunia lain yang lebih elok, segar dan hijau. Saya tidak mahu ada kalendar. Malah sehingga sekarang, saya tidak suka mengikuti perkembangan masa, sebab itulah saya tidak memakai jam tangan. Saya sering merasakan menjejaki masa amat membataskan. Saya mahu menjadi muda selamanya.

Jalan untuk keselamatan manusia terletak kepada kembali semula kepada alam semula jadi. Manusia berperanan besar yang dimainkan dalam menukarkan hutan dan dataran yang subur kepada padang pasir yang luas dan tanah tandus. Saya bercadang untuk menukarkan kemusnahan ekologi ini sebelum terlambat.

Sejak 50 tahun saya telah bereksperimen dengan kebaikan dalam mengurangkan tenaga, usaha ini dikembangkan dalam menanam tanaman sementara mengekalkan hasil dan membina kesuburan tanah. Meletakkan kepercayaan dalam proses kebijaksanaan semula jadi, saya mengembangkan apa yang saya panggil kaedah “Pertanian Semula Jadi” atau “Jangan Buat Apa-apa” yang menolak tanggapan konvensional pertanian saintifik moden dengan pendekatan yang lebih lembut, selaras dan responsif kepada elemen dan kitaran alam semula jadi.

Tetapi era ini yang tenggelam dalam Sains, saya mendapati amat sedikit yang mengambil kaedah ini. Dalam 12 tahun lepas, saya pernah ke Somalia, Ethiopia, Kenya, Amerika Syarikat, Thailand, Filipina, India dan Eropah. Sambutan paling hangat kepada kaedah pertanian asli adalah daripada India. Thailand juga bersemangat. Eropah dan Amerika Syarikat menerima saya sebahagiannya: walaupun mereka mengalu-alukan saya, mereka tidak kelihatan seperti teruja.

Sambutan paling buruk adalah daripada negara saya sendiri. Di sana, pertanian adalah industri terancang. Mereka menggunakan teknik moden, termasuk penggunaan racun makhluk perosak dan racun rumpai, yang dilarang sama sekali dalam pertanian asli. Syarikat multinasional bermati-matian menentang saya dan petani Jepun tidak mempedulikan kaedah saya. Apa yang mereka tidak sedari ialah jika anda membiarkan benih di dalam tanah, ia akan tumbuh dengan sendiri. Ia tidak memerlukan sebarang merumput, membajak atau baja. Alam akan menjaganya. Jika anda membiarkan tumbuhan membesar secara semula jadi, anda akan mendapat tanaman yang lebih sihat, lebih berkhasiat.

Pengkhususan, saya rasa membosankam. Jika anda mula menerapkan fikiran anda terlalu banyak, hidup akan menjadi amat serius dan merumitkan. Seseorang itu perlu mempunyai minat yang pelbagai. Sebelum saya berusia 25 tahun, saya bekerja sebagai pakar serangga. Tetapi saya tidak dapat melihat kecantikan alam. Jika saya doktor, saya tidak mengetahui keindahan menjadi kekasih yang sempurna – dari merasakan kehangatan dan cinta bumi.

Saya tinggal di pondok kecil di pergunungan. Rumah saya tiada elektrik, tiada gas memasak, tiada paip – hanya air paip. Pondok saya dilitupi oleh tumbuhan dan dibuat daripada akyu yang dibuang. Ketika di rumah, saya memasak sendiri makanan. Saya mempunyai kebun yang besar di hadapan pondok yang saya tanam dengan pelbagai jenis bunga, buahan dan sayuran.

Walaupun saya berusia 78 tahun, saya masih aktif dan sihat seperti usia 17 tahun. Saya tidur hanya 4 – 5 jam sehari. Ini kerana saya hidup harmoni dengan alam semula jadi. Saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh hidup, tetapi saya tahu bahawa saya mahu mengakhiri hidup saya ini dengan berpusing-pusing dalam pusaran air Ganges, ayau sebarang sungai suci di Jepun – berpusing-pusing sehingga saya cair dan tenggelam sepenuhnya dalam arus.”

Sumber: “Communication with Shruti Prasad”, Sundar Observer, 22 Disember 1991 dalam The Organic Farming Sourcebook, The Other India Press.

alt

alt

alt

alt

alt