Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Larangankan kunjung mengunjungi di Hari Raya

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi dan sudah pasti masyarakat Islam ternanti-nanti untuk merayakannya seperti biasa, iaitu sebelum muncul wabak Covid-19.  Namun bagi mereka yang berhasrat meraikannya bersama kaum keluarga dan sahabat handai, itu bukanlah tindakan yang bijak dan merupakan satu kesilapan yang besar.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah serta lain-lain doktor dan pakar perubatan telah memberi amaran kepada rakyat bahawa ada kemungkinan Malaysia akan dilanda gelombang kedua jangkitan Covid-19 jika mereka tidak mematuhi “normal baharu”yang dikenakan oleh kerajaan selepad Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  dijadikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Selanjutnya Ketua Pengarah Kesihatan berkata, kajian mendapati pesakit yang tidak menunjukkan gejala Covid-19 membawa virus yang sama dengan mereka yang menunjukkan gejala wabak tersebut. Ini bermakna pesakit tanpa gejala Covid-19 berpeluang merebakkan penyakit itu sama seperti mereka yang menunjukkan gejalanya. Mereka turut mendapati daripada jumlah pesakit yang dijangkiti Covid-19, kira-kira 50% daripada mereka tidak menunjukkan gejala menghidap penyakit tersebut.

Dengan mengambil kira perkara di atas, kerajaan tidak seharusnya membenarkan mereka yang bakal merayakan Aidilfitri untuk mengunjungi kaum keluarga dan sahabat handai pada tahun ini. Kerajaan tidak seharusnya memberitahu mereka tidak mengapa untuk berkunjung asalkan tidak lebih dari 20 orang berada di dalam rumah pada satu masa atau bahawa orang ramai perlu mengamalkan “berkurung sendiri” pada Hari Raya.

Melarang orang ramai daripada cuba “balik kampung” tidak memadai. Mereka juga sepatutnya tidak dibenarkan menziarahi bersama keluarga dan rakan. Mereka yang merayakan Aidil Fitri cuma dibolehkan merayakannya bersama kaum keluarga terdekat yang berada di rumah.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) percaya batasan sebegini adalah perlu pada musim perayaan kali ini agar kita (berharap) dapat merayakannya dengan bebas dan penuh kegembiraan pada tahun hadapan dan tahun-tahun berikutnya.

CAP meminta kerajaan melarang sebarang bentuk ziarah dan amalan berkunjung pada Hari Raya Aidil Fitri tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghalang gelombang kedua jangkitan Covid-19 daripada berlaku.

 

Kenyataan Akhbar, 19 Mei 2020

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt