Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Pembakaran Plastik di Tanjong Bungah

Sebagai maklum balas kepada pertanyaan yang dikemukakan oleh Exco bagi Alam Sekitar YB Phee Boon Poh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Bungah YB Zahril Khir Johari, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin menyatakan bahawa aduan bau terbakar di kawasan Tanjong Bungah disuarakan oleh penduduk Malaysia Rumah Kedua Saya di kawasan itu.

Aduannya ialah bau plastik terbakar di sekitar jam 4.00 pagi, dua atau tiga kali seminggu, masing-masing berlangsung antara satu dan dua jam.

Menurut aduannya, beliau telah merekodkan insiden bau terbakar seperti berikut:

21, 22, 24, 25, dan 31 Januari menghasilkan “bau yang amat kuat”

26 Januari, dan 1 Februari, “bau amat kuat”

27 Januari dan 4 dan 5 Februari, “bau ringan”

23, 28, 29, 30 Januari, dan 2, 3, 6, dan 7 Februari, “tiada bau”

Pengadu telah memaklumkan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenai masalah ini; beliau dan CAP masih menunggu maklum balas daripada JAS.

Berdasarkan kepada kebakaran yang berlaku di tapak pelupusan sampah Bedong, Kedah dan kini dengan pembakaran haram di Relau, Pulau Pinang, CAP memandang bahawa aduan daripada orang ramai berhubung perkara ini mestilah tidak diambil mudah dan tindakan perlu diambil dengan segera bagi menyiasat aduan itu.

 

Kenyataan Akhbar, 13 Februari 2020

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt