Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Hentikan Malu-malu dan Nyatakan Perkara Sebenar Berhubung Isu Pencemaran Plastik Kitar Semula

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut apabila membaca laporan pembakaran terbuka plastik di Relau, Pulau Pinang. Kami juga dimaklumkan bahawa satu lagi kes di Tanjong Bungah di mana plastik dibakar pada awal pagi (kira-kira 4 pagi).

Kami menggesa kerajaan supaya menghapuskan sepenuhnya kemudahan kitar semula yang tidak mematuhi garis panduan yang sedia ada.

Alasannya adalah kerana:

Hanya sebahagian kecil sisa plastik (kira-kira 5 peratus) boleh dikitar semula manakala selebihnya perlu dilupuskan. Biasanya kemudahan kitar semula plastik haram mempunyai tiga cara ‘kos berkesan’ untuk melupuskannya: pembuangan di tapak pelupusan sampah (sah atau haram) dan pembakaran.

Sisa plastik perlu dibersihkan dan proses itu menghasilkan air sisa yang perlu dirawat sebelum dibuang ke dalam alam sekitar.

Sama ada kaedah pelupusan sisa plastik atau air yang digunakan untuk membersih/membilas sisa itu ia mencemarkan alam sekitar.

Pencabulan ke atas alam sekitar seperti itu terus berlaku di banyak negeri, terutama sekali selepas China menutup pintu kepada import kebanyakan plastik boleh dikitar semula pada 2017.

Memandangkan banyak kes seperti itu berlaku, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dengan segera ke atas kilang terlibat. Kerajaan perlu menyediakan talian penting bagi memudahkan orang ramai melaporkan kilang haram dan aktiviti mereka. Pasukan petugas juga perlu dibentuk untuk mengendalikan masalah itu tanpa rasa takut.

Adalah menjadi keutamaan bagi kerajaan untuk menjaga kepentingan kesihatan rakyat.

 

Kenyataan Akhbar, 11 Februari 2020

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt