Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

PENCEMARAN AIR DARI PARIT-PARIT JPS DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, SAMPAI BILA?

Kualiti air yang berkelodak.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan pihak-pihak yang berkenaan termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memantau dan mengambil sampel air bagi mengetahui kandungan serta paras pencemaran air dari parit-parit kawalan JPS yang dilihat berada pada tahap kualiti air yang kurang memuaskan.

Antara parit-parit yang tercemar adalah Parit D3 (Parit Paya Mahang B), Parit D1 (Sg. Bakar Arang) dan beberapa parit lagi sekitar kawasan Seberang Perai Selatan. Jelas kelihatan warna air dalam parit-parit berkenaan adalah berwarna hitam serta kotor, berbau, berkelodak dan berminyak. Kesemua parit yang dimaksudkan tersebut dapat dilihat dengan jelas melalui Lebuh Raya Utara Selatan (antara hentian Sungai Bakap hingga ke susur keluar Bukit Tambun dan susur keluar Batu Kawan).

Kami berasakan bahawa punca kepada berlakunya pencemaran ini bukan sahaja dari sisa buangan dan kumbahan kilang-kilang yang berdekatan malah kami juga mendapati penternakan babi juga antara penyumbang utama kepada masalah pencemaran ini. Mungkin ramai pihak tidak mengetahui bahawa terdapat aktiviti ternakan babi yang hanya terletak berhadapan kilang Golden Frontier dan bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan (selepas susur keluar ke Batu Kawan arah ke selatan). Para pengguna lebuh raya yang kerap melalui laluan ini pasti terhidu bau yang kurang menyenangkan terutama bagi penunggang motosikal.

SAM sebelum ini pernah beberapa kali mengeluarkan isu tentang pencemaran yang berkaitan parit-parit kawalan JPS namun tiada tanda-tanda atau usaha-usaha pemulihan dilakukan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Di samping itu banyak rungutan dari orang ramai yang kami terima yang kesal dengan perkara ini. Sewajarnya pihak-pihak yang terbabit perlu ambil perhatian serius dengan mengadakan tinjauan lapangan ke lokasi yang dimaksudkan bagi melihat, mengenalpasti punca dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

 

 

Harus diingati bahawa, jika pencemaran air dari parit-parit tidak dikawal dan ditangani dengan baik maka sungai yang berdekatan seperti Sungai Jawi amnya berkemungkinan besar berada dalam risiko tercemar disebabkan oleh penyaliran air kotor dari parit-parit berkenaan. Apa yang menyedihkan ialah Sungai Jawi antara sungai yang tercatat dalam rekod sungai-sungai tercemar di negeri Pulau Pinang berikutan aktiviti industri, kumbahan ternakan dan saliran perbandaran.

Kami cadangkan supaya pihak-pihak berkuasa melakukan tinjauan secara mengejut ke kilang-kilang dan ladang ternakan sama ada untuk menyiasat sama ada premis tersebut mengguna pakai kaedah sistem rawatan atau mengikut prosuder yang ditetapkan. Selain itu, pihak bertanggungjawab juga perlu menilai kualiti air yang dilepaskan ke dalam parit sama ada ia mematuhi standard yang dibenarkan.

Kami percaya jika masalah ini masih berterusan tanpa ada sebarang tindakan, kawalan dan pemantauan yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang bertanggungjawab maka sampai bila pun perkara ini tidak akan selesai malah akan lebih rumit dan menelan kos yang tinggi sekiranya projek pemulihan berada dalam perancangan di masa akan datang.

Kami juga sarankan supaya tindakan yang lebih tegas diambil dan tidak berkompromi terhadap mana-mana pelaku yang melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.  Sehubungan itu, SAM menggesa agar semua pihak berkuasa yang berkenaan mengambil tindakan segera bagi menangani dan menyelesaikan masalah pencemaran ini.

 

Kenyataan Media, 26 September 2019

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt