Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Sahabat Ulu Muda (FoUM) Tawar Bantuan Kepada Kerajaan Negeri Kedah Untuk Lindungi Ulu Muda

Sahabat Ulu Muda (FoUM), gabungan NGO, usahawan sosial dan syarikat persendirian bekerjasama untuk melindungi Hutan Ulu Muda, ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir dan Kerajaan Negeri Kedah kerana mengambil langkah berani untuk melindungi hutan Ulu Muda.

Walaupun banyak cabaran dihadapi dalam menjana hasil, Kerajaan Negeri Kedah sanggup untuk melindungi kawasan penting ini demi untuk manfaat yang lebih besar bagi wilayah utara dan negara.

Hutan Ulu Muda merupakan kawasan pemuliharaan yang amat penting bagi pelbagai alasan. Ia adalah hutan tadahan air bagi tiga empangan iaitu Empangan Muda, Pedu dan Ahning. Tiga empangan ini mengawal bekalan air minuman kepada lebih 4 juta orang termasuk banyak industri dan perkhidmatan di tiga negeri di utara iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Air yang berasal dari Hutan Ulu Muda juga digunakan untuk mengairi sawah padi yang luas di Kedah dan Perlis membolehkan ia ditanam dua kali setahun. Sawah padi kawasan ini menyediakan hampir 50% daripada pengeluaran padi negara, oleh itu ia amat penting kepada keselamatan makanan Malaysia.

Hutan Ulu Muda juga kaya dengan biodiversiti yang melindungi mamalia besar terancam seperti Gajah Asia, beruang matahari Malaya, tapir Malaya, rusa sambar serta lebih 320 spesies burung. Ia hanya salah satu daripada dua tapak di Malaysia yang melindungi semua 10 spesies burung enggang.

Hutan Ulu Muda meliputi kawasan kira-kira 163,000 hektar. Dengan perlindungannya, kawasan perlindungan rentas sempadan yang lebih besar seluas 184,000 hektar boleh diwujudkan bersambungan dengan 24,100 hektar San Kara Khiri NP di Thailand.

Selaras dengan keputusan Kerajaan Negeri Kedah untuk melindungi kawasan ini bagi manfaat negara, kami merasakan bahawa hanya wajar bagi Kerajaan Persekutuan dan pihak lain menyumbang kewangan kepada usaha Kerajaan Negeri Kedah itu. Tambahan kepada geran Persekutuan (seperti peruntukan belanjawan RM60 juta kepada Kerajaan Negeri untuk melindungi dan mengembangkan rizab semula jadi) pengguna utama air hiliran yang berasal dari Hutan Ulu Muda boleh juga menyumbang kepada skim Bayaran bagi Perkhidmatan Ekosistem (Payment for Ecosystem Services - PES). Skim PES membolehkan pengguna air menyumbang dana kepada perlindungan dan pengurusan Hutan Ulu Muda.

FoUM menyedari bahawa pengumuman baru-baru ini hanyalah permulaan kepada proses yang panjang untuk mewartakan Hutan Ulu Muda sebagai kawasan perlindungan dan mewujudkan sistem pengurusan yang sesuai bagi kawasan ini. Dalam semangat ini, FoUM ingin menawarkan bantuan teknikal kepada Kerajaan Negeri Kedah dengan kepakaran yang meluas melalui keahlian dalam pemuliharaan dan pengurusan kawasan yang dilindungi dan pelancongan alam semula jadi.

 

FoUM melihat ke hadapan untuk menyumbang secara positif  kepada penubuhan dan pengurusan kawasan pelindungan yang direalisasikan sepenuhnya di Hutan Ulu Muda.

Friends of Ulu Muda is coalition of non-governmental organisations.

* Consumers Association of Penang

* Earth Lodge

* Water Watch Penang

* Malaysian Cave & Karst Conservancy

* Sahabat Alam Malaysia

* GreenSmiths

* The Habitat Foundation

* Ecotourism & Conservation Society Malaysia

* Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA)

* Malaysian Primatological Society

* Management & Ecology of Malaysian Elephants

 

Kenyataan Media, 10 Julai 2019

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt