Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

NGO Persoalkan Asas Kelulusan EIA Untuk Projek Tebus Guna Selatan Pulau Pinang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) kecewa apabila mendapati Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek Tebus Guna Selatan Pulau Pinang (PSR) telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Kami difahamkan bahawa 72 syarat dikenakan oleh JAS untuk kelulusan. Kami menggesa Kerajaan Negeri mendedahkan kepada orang ramai syarat ini tanpa sebarang penangguhan.

Kami bimbang ulasan kami dan kumpulan masyarakat sivil lain termasuk ahli awam diketepikan oleh JAS, terhadap gesaan untuk kelulusan EIA tidak diberikan disebabkan kebimbangan asas yang dikemukakan oleh kami.

Antaranya adalah seperti berikut:

·       Ramalan penduduk PSR dipersoalkan. Ramalan penduduk bagi bagi projek itu ialah 446,300 menjadikan kepadatannya ialah 24,522 orang bagi setiap kilometer (km) persegi. Kadar kelahiran semula jadi Pulau Pinang ialah 1.4 yang jauh lebih rendah daripada kadar kelahiran semula jadi, dan kadar migrasi purata 9,000 lebih dalam tempoh dua dekad lepas. Ramalan penduduk ini tidak realistik. Oleh itu ramalan penduduk ini tidak justifikasi dan tidak berapa tepat.

·       Kenyataan tujuan yang jelas dan perlunya projek ini amat penting dalam EIA. Bagaimanapun, EIA PSR tidak menyediakan justifikasi ini. Justifikasi asal oleh penyokong projek bagi PSR ialah untuk menjual tanah tebus guna untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). Bagaimanapun, “kenyataan keperluan” ini tidak dinyatakan sepenuhnya dalam EIA. Sebagai ganti kenyataan yang kabur bagi “keperluan” lain digunakan untuk mewajarkan PSR, seperti “menyampaikan hasil kesan tinggi dalam jangka panjang untuk menyelesaikan bekalan tanah, ekonomi, sosial dan isu berkaitan untuk manfaat Rakyat.” Kami telah menjelaskan bahawa jika prihatin untuk menangani bekalan tanah, cadangan pertumbuhan masa depan Pulau Pinang boleh dan perlu dirancang di atas tanah yang sedia ada yang sudah pun dimiliki oleh Kerajaan Negeri sebagai contoh di Batu Kawan dan kawasan yang masih kosong di Seberang Perai.

·       Kesan serius sumber perikanan dan kehidupan nelayan – Nelayan dari kawasan ini dan juga yang lain yang bergantung kepada stok ikan yang diperolehi dari bahagian selatan Pulau Pinang akan menjadi lebih buruk jika cadangan projek diluluskan dan dilaksanakan. Terdapat kira-kira 1,500 nelayan kecil, di samping keluarga mereka, yang kehidupan mereka akan terjejas oleh projek ini. Nelayan pantai sudah pun merasakan kesan daripada kemerosotan hasil tangkapan ikan akibat pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, akibat daripada kemerosotan kualiti air dan kemerosotan kawasan penangkapan ikan. Kami telah menjelaskan bahawa komuniti nelayan akan lenyap serta industri penangkapan ikan itu sendiri di selatan Pulau Pinang. Semua cadangan alternatif bagi nelayan yang dicadangkan dalam EIA adalah tidak munasabah dan tidak realistik tanpa empati bagi komuniti nelayan.

·       Kawasan pendaratan dan tempat bertelur penyu Olive Ridley juga akan lenyap – EIA menyatakan terdapat rekod pendaratan penyu Olive Ridley termasuk Green Turtle (Cheloniamydas) di Teluk Kumbar, Gertak Sanggul, Pantai Medan, Teluk Tempoyak dan Pantai Belanda. Penyu ini adalah aset semula jadi yang perlu dilindungi oleh negeri dan Malaysia. Penyu laut memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan lautan dengan mengekalkan rumpai laut yang sihat dan terumbu karang, menyediakan habitat utama bagi hidupan marin lain, membantu mengimbangi rantaian makanan marin dan memudahkan kitaran nutrien dari air ke tanah.

Sementara EIA mengakui kesan negatif penyu laut, amat dikesalkan EIA juga menolak kepentingan kawasan pendaratan sedia ada ini dengan menyatakan bahawa terdapat “kemungkinan penyu mencari tempat bertelur alternatif jika tempat asal diganggu oleh aktiviti manusia.” Kenyataan itu mengandaikan bahawa terdapat tapak alternatif yang sesuai yang boleh didapati untuk penyu mendarat, melepaskan tanggungjawab dan mengecilkan fakta tapak pendaratan penyu yang sedia ada dan berkembang. Sebenarnya, Kawasan Sensitif Alam Sekitar (ESA) akan lenyap sepenuhnya oleh PSR – tetapi ia dijustifikasikan sebagai hanya “trade-off”.

·       Penilaian tidak lengkap kesan perlombongan pasir – EIA kekurangan dalam membuat penilaian kesan alam sekitar terhadap tapak perlombongan pasir laut (yang akan dilakukan di kawasan perairan Perak) dan kuari batu di semua kawasan yang dikenal pasti sebagai sumber bekalan kepada PSR. Kesan perlombongan pasir dan pengangkutan bekalan pasir ini ke tapak PSR adalah sebahagian kawasan projek tebus guna dan mestilah tidak dinilai secara berasingan. Kesan gabungan ke atas perairan selatan Pulau Pinang dan aktiviti penangkapan ikan (dan pelayaran) diburukkan lagi oleh dua komponen utama ini daripada projek PSR.

Ini adalah antara isu asas yang kami kemukakan sebagai kekurangan dalam EIA. Bagaimana EIA diluluskan walaupun kecacatan ini tidak dapat dijelaskan dan tidak tepat.

 

Siaran Akhbar, 5 Julai 2019

 

 

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt