Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Tiada Justifikasi Untuk Menarik Balik Moratorium Perlombongan Bauksit

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar menarik balik moratorium terhadap perlombongan bauksit di Pahang dan bagi aktiviti disambung semula berkuatkuasa 1 April.

Sementara Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (WLNR) bertanggungjawab untuk mengawal industri perlombongan termasuk bauksit, ia tidak mempunyai kuasa untuk mengawal kesan alam sekitar seperti aktiviti perlombongan, yang terletak di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) bagi penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Moratorium terhadap perlombongan bauksit dibuat oleh bekas Menteri Alam Sekitar Malaysia, Datuk Dr. Wan Junaidi tiga tahun lepas, memandangkan kepada kesan alam sekitar yang serius akibat daripada aktiviti perlombongan dan larian air permukaan daripada simpanan stok yang mencemarkan sumber air, menjadikan jalan raya, sungai dan perairan pantai berwarna merah dan menjejaskan dengan teruk komuniti tempatan termasuk nelayan yang terjejas dengan teruk hasil daripada kesan sampingannya.

Jelas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli tidak mempedulikan kebimbangan terhadap alam sekitar dan tidak berunding dengan komuniti tempatan yang terjejas atau kumpulan alam sekitar berhubung perkara ini dan tunduk kepada industri bauksit.

Kami juga tertanya-tanya jika beliau berunding dengan MESTECC, yang merupakan pihak berkuasa berkaitan dengan alam sekitar.

Kami menggesa agar Menteri tidak menarik balik pengharaman perlombongan bauksit memandangkan tidak terdapat justifikasi untuk berbuat demikian, memandangkan kurangnya langkah dan kawalan alam sekitar yang jelas diambil untuk mencegah berulangnya insiden pencemaran seperti sebelum ini.

Keuntungan bagi industri perlombongan mestilah tidak diutamakan sehingga mengatasi alam sekitar dan kesihatan penduduk. Kos alam sekitar terhadap orang ramai dan alam sekitar mestilah juga diambilkira dan kami amat kecewa apabila pihak Menteri tidak mempedulikan perkara ini dan meletakkan kepentingan industri mengatasi kepentingan awam.

 

Siaran Akhbar, 19 Februari 2019

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt