Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Tindakan Mengapit Tayar dan Menunda Kenderaan Amat Perlu Dilaksanakan

Syabas diucapkan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Datuk Bandar, Dato’ Maimunah Mohd Sharif, kerana menguatkuasakan tindakan mengapit tayar dan menunda kenderaan yang diparkir secara haram atau dengan sesuka hati.

Ini berikutan kes terbaharu di mana tayar kereta seorang wanita bersama ibu kelainan upaya dikapit di Jalan Macalister.

Pegawai-pegawai penguatkuasa MBPP mengambil tindakan yang betul kerana sudah menjadi kebiasaan kita mendapati kereta tanpa pelekat OKU di parkir dalam petak yang disediakan khusus untuk OKU. Kerapkali pemandunya bukan seorang OKU. Bagaimana kita boleh mengharapkan pegawai penguatkuasa untuk mengenalinya?

Bebannya terletak di bahu pemilik kenderaan untuk membuktikannya dengan meletakkan pelekat pada cermin kereta. Tindakan memarkir kenderaan di ruang parkir OKU adalah tidak adil kepada mereka yang benar-benar memerlukan tempat itu untuk memakir kenderaan mereka.

Tindakan mengapit tayar dan mendenda pemandu perlu berdasarkan kepada pelekat memandangkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ini mengenepikan keadaan kurang jelas dalam pelaksanaan peraturan yang ada di mana pegawai penguatkuasa mungkin dituduh bersikap berat sebelah.

Sepanjang tahun 2017 (sehingga Oktober) sejumlah 16,878 kenderaan telah dikapit tayar sementara 4,210 kenderaan lain telah ditunda. Jika tindakan tegas tidak diambil terhadap pemandu yang degil, maka orang ramai mungkin akan terus melanggar undang-undang tanpa rasa bersalah. Kita tidak boleh memperolehi kedua-duanya: memakir kenderaan secara membabi buta dan aliran trafik yang lancar.

MBPP seharusnya terus melakukan tindakan yang baik itu dalam usaha menghalang pemandu yang tidak mematuhi undang-undang. Tidak ada alasan untuk melanggar undang-undang sedia ada dan memperlekehkan kewujudannya.

Surat kepada Pengarang/Kenyataan Akhbar, 23 November 2017

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt