Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

PERLOMBONGAN PASIR DAN PEMBALAKAN DI DALAM HUTAN SIMPAN KEKAL GUNUNG INAS ANCAM KESEIMBANGAN ALAM SEKITAR DI ULU MAHANG

Kerajaan Negeri Kedah, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Pejabat Daerah dan Tanah Kulim perlu mengambil serius mengenai  perlombongan kuari pasir di dalam Hutan Simpan Kekal Gunung Inas yang berdekatan dengan Kampung Ulu Mahang, Kulim Kedah.

Walaupun aktiviti perlombongan kuari pasir yang telah sedia beroperasi tersebut mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri, perkara ini perlu dikaji semula kerana ia melibatkan kawasan hutan simpan kekal. Perkara yang sama turut berlaku di mana kegiatan pembalakan di dalam hutan simpan kekal berkenaan masih berleluasa kerana aktiviti tersebut turut diberikan kelulusan.

Dianggarkan kira-kira 3,000 penduduk di lima buah kampung iaitu Kampung Bukit Kabu, Kampung Bukit Kubur, Kampung Padang Kering, Kampung Charok dan Kampung Ulu Mahang menghadapi masalah air keruh yang mengalir dari Sungai Mahang. Masalah ini dikatakan berpunca dari aktiviti perlombongan kuari pasir dan pembalakan. Tambahan pula sungai tersebut merupakan sumber alternatif bekalan air kepada penduduk kampung.

Kegiatan itu bukan sahaja menjejaskan orang awam yang menggunakan air malah para pesawah yang mengusahakan tanaman padi di sini turut menerima kesan dari aktiviti terbabit sehingga tanaman padi mereka terjejas.

SAM menggesa supaya kegiatan pemusnahan hutan, perlombongan/kuari pasir dan aktiviti pembalakan dihentikan segera serta kerja pembaikpulihan dijalankan. SAM turut membantah sebarang projek baru yang dirancang oleh mana-mana pihak di kawasan terbabit kerana ia melibatkan kemusnahan alam sekitar.

Sehubungan itu SAM berharap supaya pihak-pihak yang berkenaan dapat menyekat aktiviti pembalakan dan perlombongan kuari pasir di hutan simpan kekal demi kesejahteraan rakyat dan alam sekitar.

Kenyataan Akhbar, 24 Oktober 2017

 

 

 

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt