Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Atasi segera masalah di Pantai Merdeka

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri Kedah memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah kebersihan dan kemudahan asas di kawasan perkelahan Pantai Merdeka dekat Sungai Petani di sini.

Tarik Balik Tawaran Kementerian Kewangan kepada Gamuda dan Konsesi Lebuh Raya Lain

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kabinet supaya tidak meluluskan RM6.2 bilion yang dibuat oleh Kementerian Kewangan kepada Gamuda dan konsesi lebuh raya lain untuk mengambil alih empat lebuh raya bertol, dan melantik jawatankuasa pakar untuk mencari penyelesaian yang akan membawa manfaat sebenar kepada pengguna dan tidak membebankan kerajaan dengan lebih banyak hutang.

Dalam satu analisis yang tajam mengenai tawaran itu, bekas pengarah strategi korporat dan pelaburan, Pankaj C. Kumar merumuskan: “Bagi pemegang konsesi, ia keuntungan durian runtuh RM2.82 bilion dan mengambil semua pendahuluan keuntungan masa depan mereka, tanpa perlu mengendalikan aset dalam baki tempoh konsesi dan bahagian terbaik, bebas cukai memandangkan tiada cukai keuntungan modal di Malaysia.” Kabinet perlu mengkaji dengan serius dan mempertimbangkan analisis dan hasilnya sebelum membuat keputusan terhadap tawaran oleh Kementerian Kewangan itu.

Individu Pelihara Hidupan Liar Sebagai Haiwan Peliharaan Membimbangkan

Terdapat beberapa insiden baru-baru ini di mana didedahkan individu memelihara hidupan liar sebagai haiwan peliharaan yang kini menjadi satu trend yang amat membimbangkan.

Insiden pertama didedahkan di dalam media ialag Beruang Matahari di mana seorang penyanyi Malaysia pada mulanya menyangkakan ia seekor anjing. Dalam minggu yang sama terdapat satu kes Brahminy Kite yang dikurung selama setahun di sebuah rumah teres lot tepi.

Siapa Manipulator? – CAP Tanya Ketua Menteri YAB. Chow Kon Yeow

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tidak dapat memahami kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB. Chow Kon Yeow bahawa terdapat “orang tertentu” memanipulasi maklumat mengenai projek Transit Aliran Ringan (Light Rail Transit - LRT) dan Tebus Guna Selatan Pulau Pinang (Penang South Reclamation - PSR) untuk kepentingan mereka sendiri sepertimana yang dilaporkan dalam akhbar harian bertarikh 24 Julai 2019.

YAB. Chow menyatakan kerajaan Pulau Pinang tidak menyembunyikan sebarang maklumat dan menggesa orang ramai untuk tidak percaya media digital dan melihat gambaran yang lebih besar.

Apakah gambaran yang lebih besar itu? Gambaran yang lebih besar itu ialah sumber asli Negeri akan musnah, nelayan kehilangan kehidupan mereka akibat kehilangan sepenuhnya kawasan penangkapan ikan akibat projek tambak laut, bukit ditarah bagi pembangunan lebuh raya dan projek lain, dan orang awam terpaksa berhadapan dengan banjir dan tanah runtuh.

Unit Perumahan Kos Rendah Yang Tidak Lagi Kos Rendah

Pemaju di Pulau Pinang perlu mematuhi dengan “Klausa Pematuhan” yang memerlukan mereka membina 30% perumahan awam iaitu Kos Rendah (RM42,000.00) dan Kos Sederhana Rendah (RM72,500.00).

Pemohon bagi rumah ini yang layak dan berdaftar dengan Jabatan Perumahan Negeri akan dihantar surat tawaran oleh pihak jabatan apabila unit ini tersedia.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt