Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Rawatan di rumah untuk sakit ringan

Bila berasa kurang sihat, kita sering ingin segera berjumpa doktor. Tetapi ubat tidak semestinya dapat menyembuhkan anda, malah sesetengahnya lebih memudaratkan. Memakan antibiotik untuk mengubati cirit-birit misalnya mungkin memburukkan lagi keadaan anda.

Melupuskan Barangan Isirumah Dengan Selamat

Tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan semua barangan kimia yang disimpan di rumah? Berikut adalah bagaimana untuk melupuskannya dengan selamat.

Kelemahan dalam perkhidmatan awam akibat sistem Pengurusan Berdasarkan Aduan

PENGURUSAN BERDASARKAN ADUAN (Management by Complaints) adalah rekaan bijak untuk memindah tanggungjawab penguatkuasaan undang-undang kepada orang awam dengan meminta mereka membuat laporan rasmi agar badan-badan penguatkuasa boleh memulakan sesuatu siasatan. Sehubungan itu, dengan ketiadaan aduan awam, tidak ada sebarang isu yang perlu diberi perhatian atau diambil tindakan.

Jadi tidak hairanlah apabila kita mendengar agensi-agensi penguatkuasa, ketika memberikan maklum balas kepada orang awam yang mempersoalkan kenapa tiada siasatan dijalankan ke atas laporan kes jenayah dan perlanggaran yang dilakukan oleh pihak media, tanpa segan silu ia menjawab “tiada laporan diterima”.

Pengguna Hidup Di Luar Kemampuan Mereka

Pengguna hidup di luar kemampuan mereka disebabkan kenaikan harga makanan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah lama mendedahkan peningkatan dalam harga makanan sejak berdekad tetapi malangnya gesaan kami tidak mendapat perhatian.

Kita kini mengalami kos sara hidup yang tinggi disebabkan oleh pelbagai faktor dan salah satu daripadanya ialah kita terlalu bergantung terhadap makanan import yang memberikan kesan negatif kepada pengaliran keluar Ringgit kita, terutama sekali apabila mata wang kita yang lemah.

Hentikan Amalan Tidak Beretika Hospital Swasta

Apakah hospital swasta tidak mempunyai sebarang rasa tanggungjawab sosial korporat kepada pesakit mereka dan orang awam, terutama ketika negara sedang menghadapi saat-saat kecemasan, atau adakah ia merupakan masa/keadaan yang membuka peluang perniagaan untuk mengaut lebih banyak untung?

Baru-baru ini  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna telah mengenakan denda sebanyak RM200,000 terhadap sebuah hospital swasta di KL kerana mengenakan bayaran RM11.20 bagi penutup muka yang pada harga kawalannya cuma RM1.50 tiap satu.

LANGKAH KE HADAPAN BAGI MAVCOM YANG TELAH LAMA DINANTIKAN

SURAT KEPADA PENGARANG

Tahniah kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) kerana berjaya mengemukakan rangka kerja Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang yang akan dilaksanakan menjelang suku ketiga 2018, selesai pada akhir 2019.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt