Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

TABUNG HAJI HARUS MENGENDALIKAN PERKARA-PERKARA IBADAH UMRAH

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sangat kecewa dengan isu Imams (Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu) dan bagaimana ia telah dikendalikan.

Majlis Kawalselia Umrah (MKSU) mendakwa bahawa Imams telah ditubuhkan untuk menghentikan penipuan Umrah yang semakin meningkat setiap tahun.

Berlanjutan dari ini, persoalan yang harus diketengahkan adalah kenapa harus diwujudkan sebuah sistem yang akan diuruskan oleh syarikat pihak ketiga dan yang akan menyebabkan jemaah Umrah menanggung kos RM90.10 tambahan atas kos yang mereka akan bayar untuk menunaikan ibadah Umrah?

Selain itu, sejurus Imams dibatalkan, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin telah menyatakan bahawa mereka akan mewujudkan satu mekanisme baru untuk menentang penipuan Umrah.

Sekali lagi kami bertanya mengapa perkara sedemikian diperlukan. Lesen Khas Umrah yang diberikan kepada agensi pelancongan yang mempunyai status Muassasah (kebenaran untuk mengurus jemaah haji) dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM). Kenapa jabatan penguatkuasaan kementerian tersebut  tidak mengambil tindakan terhadap penipu ini?

CAP berpendapat langkah yang bijak adalah bagi Tabung Haji mengambil alih pengurusan kedua-dua lesen untuk Haji dan Umrah dan tidak melibatkan KPKM.

Ini kerana Tabung Haji sudah mempunyai mekanisme yang diperlukan, dan pendekatan yang terakhir perlu dilakukan adalah hanya untuk menggabungkan perkara-perkara berkaitan Umrah ke dalam mekanisme yang sedia ada.

Seawal September 2016, CAP telah menghubungi Tabung Haji mengenai peningkatan kadar penipuan Umrah. Statistik penipuan Umrah yang kami ada pada masa itu, yang diambil daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, menunjukkan terdapat 2761 mangsa dari tahun 2012 hingga 2015 dengan anggaran kerugian sebanyak RM19 juta.

Pada Januari 2017, Tabung Haji bermaklumbalas bahawa mengikut Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), perkara-perkara yang berkaitan dengan Umrah tidak termasuk di bawah bidang kuasa mereka. Pada Oktober 2017, Tabung Haji telah memaklumkan bahawa walaupun Haji adalah ibadah bermusim, namun persediaan untuk Haji dilaksanakan sepanjang tahun; dan ia memang patut untuk MKSU, yang ditubuhkan 3 tahun lalu di bawah KPKM, untuk mengendalikan perkara-perkara ibadah Umrah. Ini diberitahu selepas kami mencadangkan bahawa Tabung Haji mengambil alih urusan Umrah kerana penipuan-penipuan Umrah yang masih berleluasa di bawah KPKM.

Kami menggesa bahawa Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) dipinda bagi memasukkan perkara-perkara ibadah Umrah ke dalam akta tersebut, seperti kami telah menggesa dari hari pertama kami tujukan isu penipuan umrah. Kami juga mencadangkan bahawa Tabung Haji mengambil lebih ramai kakitangan, bahawa pekerja mereka mempelajari kemahiran pengurusan dan bahawa mereka memperbaharui sistem mereka jika perlu. Mereka mesti melakukan semua yang diperlukan untuk membolehkan Tabung Haji menjadi badan yang mengendalikan hal ehwal umrah.

Kami percaya ini adalah cara terbaik untuk menghapuskan penipuan-penipuan Umrah daripada berlaku.

Surat kepada Pengarang,19 Disember 2017

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt