Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Peniaga Kereta Perlu Berkongsi Teknologi Pembaikan Kenderaan Dengan Bengkel Kereta Bebas

Pemilik kereta Malaysia berada dalam dilema. Mereka tidak dapat menghantar kereta mereka dengan enjin berkomputer ke mana sahaja untuk diperbaiki kecuali di pusat servis bertauliah yang dikhaskan. Ia menjadi monopoli dan bengkel bebas tidak dapat bersaing. Bahkan, pemilik kereta tidak boleh untuk mendapatkan ‘pendapat kedua’ atau memilih pembaiki pilihannya.

Pada Februari 2019, Australia mengemukakan skim mandatori bagi perkongsian servis kenderaan bermotor dan maklumat pembaikan. Dengan itu, adalah menjadi satu mandatori bagi peniaga kereta untuk berkongsi teknologi pembaikan kenderaan dengan bengkel kereta bebas.

Berhati-hati Dikenakan Harga Berlebihan Untuk Tunda Kenderaan Selepas Lewat Malam

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin mengingatkan pemandu yang mengalami kemalangan jalan raya selepas lewat malam memandangkan terdapat kemungkinan mereka akan dikenakan caj yang berlebihan oleh bengkel yang menunda kenderaan mereka.

CAP sebelum ini menerima aduan daripada pemandu yang mengalami kemalangan jalan raya  selepas lewat malam. Keretanya ditunda pada jarak kurang 3 kilometer tetapi beliau dikenakan caj RM800.00 untuk perkhidmatan itu.

BERBELANJALAH DENGAN CERMAT UNTUK BARANGAN KELENGKAPAN SEKOLAH – CAP

Dianggarkan terdapat kira-kira 5 juta pelajar (dari pra sekolah hingga sekolah menengah) akan membeli pakaian seragam sekolah yang baharu dan barangan keperluan lain apabila sekolah dibuka tahun depan. Ibu bapa dijangka akan berbelanja lebih daripada RM2 bilion dalam tempoh ini sahaja.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin menasihatkan ibu bapa agar tidak membeli pakaian seragam dan alat kelengkapan sekolah yang baharu jika yang sedia ada masih elok dan boleh digunakan lagi pada tahun depan.

TABUNG HAJI HARUS MENGENDALIKAN PERKARA-PERKARA IBADAH UMRAH

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sangat kecewa dengan isu Imams (Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu) dan bagaimana ia telah dikendalikan.

Majlis Kawalselia Umrah (MKSU) mendakwa bahawa Imams telah ditubuhkan untuk menghentikan penipuan Umrah yang semakin meningkat setiap tahun.

ADAKAH PENGGUNA TERTIPU?

Seawal 2007, Bank Negara Malaysia (BNM) mengenal pasti masalah dan isu skim insurans motor semasa yang ramai pengguna dengan mudah mengaitkannya kepada:

* Akses yang tidak mencukupi kepada perlindungan insurans pihak ketiga, terutama sekali untuk kenderaan lama dan komersial.

* Proses penyelesaian tuntutan yang panjang.

* Premium yang tidak pernah disemak semula sejak 1978.

* Syarikat insurans enggan untuk menawarkan perlindungan insurans pihak ketiga memandangkan insurans tidak mencukupi.

* Risiko mangsa kemalangan tidak menerima sebarang pampasan atau pampasan yang tidak mencukupi.

ADAKAH BNM MEMBIARKAN PERDAGANGAN PERTUKARAN ASING HARAM?

JJPTR, CYL, Richway Global Venture dan BTC I-system, semuanya mempunyai satu persamaan; ia adalah skim permainan wang utama yang mendapat perhatian baru-baru ini tetapi untuk alasan yang salah. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut oleh berita bahawa begitu ramai “pelabur” (pengguna) yang tertipu oleh syarikat ini.

Tetapi kami tidak percaya bahawa keadaan ini akan menjadi begitu buruk jika Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah awal untuk menghentikan syarikat permainan wang ini.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt