Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Cuka: Banyak kegunaannya

Daripada membunuh bakteria, menghilangkan kutil, membesarkan pokok, membunuh rumpai, membersihkan tompokan kapur dan kotoran periuk, memastikan longkang anda tidak tersumbat, melegakan batuk... cuka boleh digunakan.

Membunuh bakteria dalam daging
Memerap daging dalam cuka membunuh bakteria dan melembutkan daging. Gunakan ¼ cawan cuka untuk 2-3 paun, perap semalaman, dan kemudian masak tanpa membilas daging. Tambah herba ke dalam cuka apabila memerap seperti yang dikehendaki.

Menghilangkan kutil
Campurkan satu bahagian cuka epal dengan satu bahagian gliderin ke dalam losyen dan sapukan setiap hari pada bahagian kutil sehingga ia hilang.

Menghilangkan kotoran degil daripada upholsteri perabot dan pakaian    
Sapukan cuka putih terus kepada kotoran dan basuh seperti yang diarahkan oleh pengeluarnya.

Membesarkan azalea
Siram tanaman dengan air yang dicampurkan 2 kuart cuka putih bersama 1 kuart air. Pokok azalea sukakan tanah berasid.

Melegakan artritis
Sebelum makan, minum segelas air  mengandungi 2 sudu teh cuka epal. Lakukannya sekurang-kurangnya 3 minggu untuk melihat keberkesanannya.

Membunuh rumput yang tidak dikehendaki
Tuangkan cuka putih ke dalam rekahan dan antara bata.

Menghilangkan kematu
Jadikan tuam daripada 1 koyakan sekeping roti yang direndam di dalam ¼ cawan cuka. Biarkan tuam itu selama ½ jam, kemudian letakkannya pada bahagian kematu dan lekapkannya sepanjang malam. Jika kematu tidak terkeluar daripadanya pada pagi hari, letakkan tuam itu sekali lagi untuk beberapa malam.

Membersihkan hos dan lapisan sabun daripada mesin basuh
Sebulan sekali tuangkan 1 cawan cuka putih ke dalam mesin basuh dan jalankan mesin melalui pusingan biasa tanpa pakaian.

Melegakan sakit perut
Minum 2 sudu teh cuka epal dalam 1 cawan air untuk melegakan sakit perut.

Membunuh kuman pada lekapan bilik air
Gunakan 1 bahagian cuka ke dalam satu bahagian air dalam botol semburan. Semburkan lekapan bilik air dan lantai, kemudian lapkan hingga bersih.

Bersihkan lapisan sabun, kulapuk, dan kotoran daripada tab mandi, jubin dan langsir bilik mandi
Lapkan permukaan dengan cuka dan bilas dengan air.

Menyahbau udara
Cuka adalah penyegar udara semula jadi apabila disemburkan di dalam bilik.

Melegakan rasa gatal
Gunakan bebola kapas untuk memedap gigitan nyamuk dan gigitan serangga lain dengan cuka terus daripada botol.

Membersihkan timbunan kapur dan enapan kalsium daripada titisan automatik pembancuh kopi
Sebulan sekali isikan tangki dengan cuka putih dan jalankannya melalui pusingan bancuhan. Bilas dengan dua pusingan air sejuk.

Melegakan kesakitan akibat selaran matahari
Sapukan cuka yang tidak dicairkan terus kepada selaran itu.

Membersihkan kotoran makanan pada periuk dan kuali
Isikan periuk dan kuali dengan cuka putih dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bilas dalam air panas bersabun.

Mencegah pakaian berwarna cerah daripada pudar
Sebelum meletakan pakaian ke dalam mesin basuh, rendam dalam cuka putih selama 10 minit.

Memastikan kebersihan bekas sampah dan berbau segar
Campurkan 1 cawan cuka dalam air untuk diisikan ke dalam bekas ais kiub, bekukan campuran itu, kisar kiub ke dalam bekas sampah dan jirus dengan air sejuk.

Membersihkan mangkuk tandas
Masukkan 1 cawan cuka putih, biarkan selama 5 minit dan kemudian pamkannya.

Membersihkan gigi palsu
Rendam gigi palsu semalaman di dalam cuka putih, dan kemudian berus tartar dengan berus gigi.

Menanggalkan kotoran peluh daripada pakaian
Gunakan satu bahagian cuka putih bersama 4 bahagian air, kemudian bilas.
 
Menyahbau bilik yang dipenuhi dengan asap rokok atau wasap cat
Letakkan semangkuk kecil cuka putih dalam bilik.

Melegakan sedu
Campurkan 1 sudu teh cuka epal dalam 1 cawan air suam dan minum.

Menghapuskan bau daripada balang yang digunakan
Bilas balang mentega kacang dan mayonis dengan cuka putih.

Perapi rambut kering
Syampu, kemudian bilas rambut dengan campuran 1 cawan cuka epal dan 2 cawan air. Cuka mengekalkan asid perapian, dan menghilangkan lapisan sabun serta minyak sebum daripada rambut.

Membersihkan timbunan galian daripada sterika wap
Isi tangki air dengan cuka putih. Hidupkan sterika pada kedudukan wap dan gosokkan sterika wap pada kain buruk yang lembut untuk membersihkan bahagian wap. Ulangi proses itu dengan air, kemudian bilas keluar dengan teliti bahagian dalam sterika anda.

Menghilangkan tanda kesan terbakar daripada fabrik
Sapukan dengan cuka putih kemudian lapkan dengan kain bersih.

Pastikan longkang tidak tersumbat
Masukkan ½ kotak serbuk penaik ke dalam longkang diikuti dengan 1 cawan cuka putih. Apabila buih berhenti siram dengan air panas.

Menanggalkan pelekat
Rendam kain dalam cuka dan tutup pelekat dengankain itu selama beberapa minit sehingga cuka meresap ke dalamnya. Pelekat itu akan tanggal dengan lebih mudah.

Menyahbau baju panas/sejuk bulu biri-biri
Basuh baju panas/sejuk bulu biri-biri, kemudian bilas dalam bahagian cuka dan air yang sama menghilangkan bau.

Mencegah kain tiras daripada melekat kepada pakaian lain
Tambahkan 1 cawan cuka kepada setiap basuhan.

Mencegah ais daripada terbentuk pada cermin kereta
Lapisi tingkap dengan cecair 3 bahagian cuka putih atau epal dengan satu bahagian air.

Memanjangkan jangka hayat jambangan bunga di dalam bekas bunga
Tambahkan 2 sudu besar cuka putih tambah 3 sudu besar gula setiap kuart air suam. Batang bunga perlua berada 3-4 inci di dalam air.

Mencegah keretakan kulit telur yang direbus
Tambah 2 dusu besar cuka putih bagi setiap kuart air sebelum mendidihnya untuk mencegah telur daripada retak. Kulit telur juga boleh dikupas dengan cepat dan mudah.

Membersihkan tingkap
Gunakan cuka yang tidak dicairkan dalam botol semburan. Keringkan dengan kain lembut.

Menghapuskan bau masakan yang tidak menyenangkan di dapur
Didihkan 1 camca besar cuka putih dengan 1 cawan air.

Menghapuskan kotoran kencing haiwan daripada permaidani
Siram kawasan kotoran kencing haiwan dengan air suam, kemudian sapukan campuran bahagian cuka putih dan air sejuk yang sama. Bilas dan biarkan kering.

Melegakan demam selesema
Campurkan ¼ cuka epal dengan ¼ cawan madu. Ambil satu sudu besar 6-8 kali sehari.

Menyahbau kotak makanan basi
Rendam kertas napkin ke dalam cuka dan biarkannya di dalam kotak makanan tertutup semalaman.

Mencegah lapisan sabun pada barangan kaca
Letakkan secawan cuka putih di bahagian bawah rak pembersih pinggan mangkuk anda, jalankannya selama 5 minit, kemudian teruskan pada pusingan penuh. Secawan cuka putih yang melalui pusingan sepenuhnya sekali sebulan juga akan mengurangkan lapisan buih sabun pada bahagian dalamnya.

Mengelakkan pancuran tersumbat
Buka kepala pancuran hujan, tanggalkan getah pembersih, letakkan kepala ke dalam bekas yang dipenuhi dengan bahagian air dan cuka yang sama, didihkannya, kemudian renehkannya selama 5 minit.

Melegakan batuk
Campurkan ½ cawan cuka epal, ½ cawan air, 1 sudu teh lada hitam, dan 4 sudu teh madu. Minumlah 1 sudu besar apabila batuk. Minum satu camca besar sebelum tidur. 

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt