Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Mencegah Keracunan Makanan

Banyak penyakit yang berkait dengan usus disebar melalui makanan. Kadangkala mereka yang menuai, mengendalikan, atau menyediakan makanan menyebarkan kuman daripada tangan mereka kepada makanan. Kadangkala kuman dan kulat di udara menyebabkan makanan rosak. Ini berlaku apabila makanan tidak disimpan dan dimasak dengan sempurna atau terbiar begitu lama.

Mencegah kuman merebak dalam makanan

• Basuhlah makanan dengan sabun dan air sebelum menyediakan makanan, makan dan sebelum memberi makan kepada anak-anak.

• Basuh atau kupas semua buah dan sayuran yang dimakan mentah.

• Jangan biarkan daging, ayam, atau ikan yang belum dibersihkan bersentuh dengan makanan lain terutamanya yang dimakan mentah. Pastikan membasuh tangan, pisau dan papan pemotong selepas memotong daging.

• Elakkan daripada batuk, meludah dan mengunyah sesuatu, seperti gula-gula getah berdekatan makanan supaya air liur tidak memasuki makanan.

• Jangan biarkan binatang peliharaan menjilat pinggan atau peralatan yang bersih. Sebaiknya jauhkan binatang dari dapur.

• Buanglah makanan apabila rosak.

Beberapa tanda makanan rosak

• Bau busuk.

• Berubah rasa.

• Berubah warna (contohnya jika daging bertukar merah kepada perang).

• Banyak buih pada bahagian atasnya (contohnya pada bahagian atas sup kelihatan berbuih) dengan bau yang busuk.

• Kulapuk pada permukaan daging atau makanan yang dimasak.

Memasak makanan

Makanan yang dimasak membunuh kuman, semua daging, ikan dan ayam perlu dimasak sepenuhnya. Ia tidak sepatutnya kelihatan mentah atau bewarna mentah.
Jika makanan mula sejuk, kuman dengan cepat mula membiak lagi. Jika makanan tidak dimakan dalam tempoh dua jam, panaskan semula sehingga panas. Cecair mestilah mendidih dan pepejal (seperti nasi) mestilah dikukus.

Menyimpan makanan

Sebaik mungkin, makanlah makanan yang disediakan sewaktu segar. Jika anda menyimpan makanan tutup dengan sebaiknya untuk melindunginya daripada lalat dan serangga lain serta debu.

Melindungi daripada keracunan makanan

• Masak daging dan ayam dengan sepenuhnya untuk membunuh salmonella. Bakteria ini amat sensitif kepada haba dan akan musnah pada suhu 140°F atau lebih tinggi. Untuk selamat sepenuhnya, masak ayam sehingga daging mencapai 180°F untuk memastikan salmonella yang terdapat di dalamnya musnah sepenuhnya. Bahagian yang tidak mempunyai tulang perlu dimasa pada suhu dalaman 160°F. Apabila ayam dimasak sepenuhnya, jusnya kelihatan jernih dan bukannya merah jambu.

Untuk memastikan daging dan ayam masak, anda boleh menggunakan meter suhu daging untuk mengukur suhu dalaman. Masukkan bahagian hujungnya di bahagian yang paling tebal daripada daging itu, elakkan lemak dan tulang. Untuk ayam, masukkan meter suhu ke bahagian paling tebal pada paha berdekatan tubuh.

• Suhu peti sejuk anda hendaklah di bawah 40°F dan bahagian beku mestilah pada 0°F. Pastikan makanan beku dibiarkan lebih lama sebelum dimasak – 1 ½ kali lebih lama berbanding makanan yang telah mencair.

• Cairkan daging dalam peti sejuk, bukannya di atas dapur. Kepanasan dapur dan pendedahan kepada makanan lain menghasilkan keadaan yang sesuai bagi perkembangan dan merebaknya bakteria. Daging dan ayam yang dicairkan daripada  luar ke dalam, jadi mencairkan daging dan ayam di dalam peti sejuk akan mengelakkan bakteria daripada membiak di bahagian luar ketika bahagian dalam mencair.

• Ayam yang dimasak yang tidak dimakan dengan segera perlu disimpan panas (antara 140°F dan 185°F) atau dimasukkan ke dalam peti sejuk pada suhu 40°F atau lebih rendah. Potong daging atau ayam sebelum disejukkan supaya ia sejuk dengan cepat.

• Panaskan semula lebihan makanan sekurang-kurangnya 165°F sebelum memakannya. Tutup periuk untuk mengekalkan kelembapan dan perasanya seberapa yang boleh dan memastikan makanan akan dipanaskan semula.

• Jangan biarkan sebarang makanan yang tidak disimpan di dalam peti sejuk lebih dua jam. Jangan sekali-kali biarkan makanan terutamanya daging di dalam ketuhar sepanjang malam; mikroorganisma mendapati persekitaran ketuhar adalah tempat paling sesuai untuk membiak.

• Sekiranya sebarang daging atau produk yang berbau atau mempunyai warna atau tekstur yang berlainan jangan mencubanya. Mikroorganisma inilah yang  bertanggungjawab terhadap keracunan makanan.

Menyimpan Makanan: Berapa Lama dan Bagaimana?

Berapa lama makanan boleh disimpan?

Ramai orang yang menyimpan makanan lebih lama berbanding garis panduan yang diberikan. Jika anda menyimpan makanan anda lebih lama, pastikan anda memeriksanya untuk melihat ia tidak berkulat, hapak, tengik atau reput. Periksalah makanan sebelum anda mamakannya.

• Daging, ayam dan ikan perlu digunakan dalam tempoh 1-2 hari selepas ia dibeli.

• Susu, krim, keju dan krim keju baik selama seminggu selepas dibuka.

• Keju keras yang dibungkus dengan ketat baik untuk selama 2-3 bulan.  

• Telur baik untuk 3-4 minggu. Pastikan ia sentiasa berada di dalam peti sejuk.

• Sayur yang dimasak atau tidak dimasak baik di dalam peti sejuk 3-5 hari.

• Roti, kek dan biskut (atau apa sahaja yang dibuat daripada keju dengan ragi atau tepung) perlu digunakan dalam tempoh seminggu untuk mengelakkan kulat.

• Makanan yang dibakar akan bertahan hanya dua minggu jika disimpan di dalam peti sejuk.

• Lebihan ayam, ikan bilis, sos, salad tuna atau ayam dan pai ayam belanda hanya baik 1-2 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.

• Biji sawi, sos soya, sos Worcestershire dan perasa lain perlu digunakan dalam tempoh setahun selepas bekasnya dibuka.

• Mayonis apabila di buka hanya baik untuk dua bulan.

• Botol hiasan salad yang telah dibuka baik untuk tiga bulan.

• Kicap, jem, jeli dan mentega kacang baik selama enam bulan.

Jika anda tidak dapat mengingati bilakah makanan itu disimpan di dalam peti sejuk, buangkannya.

Adakah semua makanan berkulat berbahaya?

Keracunan makanan disebabkan oleh pelbagai organisma bakteria. Kulat bukan bakteria dan tidak menyebabkan keracunan makanan. Kulat tidak menyebabkan botulisme melainkan produk itu telah pun tercemar dengan organisma botulisme.

Kulat boleh menyebabkan penyakit terutama sekali jika seseorang itu alergi kepada kulat. Simptom utama akibat memakan makanan berkulat ialah loya atau mual dan muntah akibat rasa dan bau yang buruk daripada makanan yang berkulat.

Bagaimana menyimpan makanan dengan selamat?

Pastikan suhu peti sejuk antara 35-40°F dan suhu penyejuk beku 0°F atau lebih rendah.

Pastikan terdapat ruang di dalam peti sejuk dan penyejuk beku supaya udara sejuk boleh beredar dengan bebas.

Bungkus daging mentah, ikan atau ayam dalam beg plastik berasingan. Letakkan di dalam pinggan atau bekas di bahagian paling bawah peti sejuk untuk mengelakkan cecairnya menitik ke atas makanan lain.

Bekukan daging, ayam dan ikan segar jika ia tidak digunakan dalam tempoh dua hari. Bungkus semula bungkusan daging dalam bekas aluminium atau kertas penyejuk beku bagi memastikan udara tidak memasuki daging.

Bungkus makanan yang mudah rosak dalam penyejuk dengan ais atau ketulan apabila membersihkan atau menghilangkan fros peti sejuk atau penyejuk beku anda.

Gunakan banyak ais dalam bekas untuk berkelah untuk memastikan makanan seperti salad telur, salad kentang, salad makaroni atau sebarang hidangan dibuat daripada mayonis atau krim sejuk. Jangan biarkan makanan ini terdedah kepada matahari.

Lebihan makanan selepas berkelah, perlu disimpan di dalam peti sejuk terutamanya ayam. Jangan biarkan ayam terdedah di atas kabinet dapur atau ketuhar semalaman.

Jangan biarkan sarak di dalam ayam apabila anda menyimpannya semula ke dalam peti sejuk.

Bagaimana untuk mengetahui makanan masak dengan sempurna dan sepenuhnya?
 
• Daging merah mestilah dimasak pada suhu 160°F.

• Daging merah yang dipotong besar boleh dimasak pada suhu sederhana 145°F.

• Daging dan hamburger perlu dimasak sekurang-kurangnya 160-165°F.

• Ikan di masak pada suhu 130-140°F, kemudian lihatlah isinya di bahagian tengah.

• Ayam perlu dimasak pada suhu 170-180°F  atau sehingga cecairnya hilang.

• Teluk perlu dimasak sehingga telur kuning dan putih keras.

• Lebihan makanan perlu dipanaskan pada suhu 165°F. Apabila memanaskan sos, dan sup pastikan ia mendidih.

• Jangan sekali-kali meminum susu atau produk tenusu yang tidak dipasteurkan.

• Jangan makan doh biskut mentah yang mengandungi telur.

• Jangan gunakan lebihan sos perap kerana ia mengandungi jus daging mentah.

Sumber: California Poison Control System

Membeli Ikan Segar

Membeli ikan segar merupakan satu usaha yang sukar bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam memilih ikan. Berikut panduan untuk digunakan apabila membeli ikan segar.

• Seberapa yang boleh makanlah ikan yang dibeli pada hari itu juga. Ini kerana ikan seperti makanan lain yang mudah terjejas akan hilang kesegarannya dengan cepat.

• Pilihlah gerai yang mempunyai ramai pelanggan. Ini merupakan petunjuk yang baik terhadap kesegaran, menarik ramai pelanggan.

• Ikan yang dipamerkan mestilah bersih, dengan sedikit ais.

• Belilah pelbagai jenis ikan. Jangan hanya makan spesies tertentu sahaja. Usahakan ikan yang banyak bekalannya, murah dan segar.

• Jangan tertipu dengan cahaya lampu berdekatan atau di gerai itu. Ia boleh menjadikan ikan kelihatan segar dengan menjadikannya sedikit perang atau kekuningan.

• Mintalah kepada penjual untuk memotong ikan yang kelihatan segar daripada ikan yang sudah dipotong dan dipamerkan.

• Bawalah pulang segera dan masukkan ke dalam peti sejuk. Anda juga boleh menggunakan kotak sejuk yang diisi ais untuk dibawa pulang.  

Bagaimana Mengesan Kesegaran Ikan

Mata - Tidak terkeluar, keruh, berdarah dan tenggelam.

Insang - Mestilah bewarna merah terang dan tidak gelap.

Sisik - Melekat dengan kuat pada kulit.

Perut - Melekat kuat pada tulang dan tidak berubah warna.

Tubuh - Dalam keadaan pejal, anjal apabila ditekan.

Kulit - Berkilat dan cerah, tidak kusam dan kering.

Bau - Bauan seperti dari laut dan tidak berbau ikan yang kuat.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt