Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kedai Makan Yang Mengenakan Caj Bagi Air Kosong Adalah Tidak Wajar

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) harga air kosong yang dijual di kedai makan seperti restoran dan gerai makan terlalu tinggi.

Tinjauan terhadap restoran dan kedai makan di Pulau Pinang mendapati peniaga menjual segelas air suam dengan harga RM0.40 hingga RM1.20.

Restoran hanya perlu menanggung kos 85 sen bagi setiap 1,000 liter air. Malah jika seribu pelanggan memasuki restoran dan memesan satu liter air kosong setiap seorang kos yang ditanggung restoran hanya 85 sen.

Sesetengah restoran mengenakan caj RM1.20 bagi setiap gelas 250 ml iaitu RM4.80 bagi seliter. Bagi 1,000 liter, mereka akan mengenakan caj RM4,800 apabila kos mereka masih hanya 85 sen. Sekiranya kita ambil perakaunan mereka bagi perbelanjaan dan tenaga, angka ini masih terlalu tinggi.

Bagaimanapun, jika mereka mengenakan caj 40 sen bagi setiap 250 ml, maka kosnya RM1.60 setiap liter atau RM1,600 bagi setiap 1,000 liter.

CAP menggesa Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya menjalankan siasatan segera terhadap harga yang terlalu tinggi ini.

 

Kenyataan Akhbar, 30 Ogos 2019

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt