Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Rawatan di rumah untuk sakit ringan

Bila berasa kurang sihat, kita sering ingin segera berjumpa doktor. Tetapi ubat tidak semestinya dapat menyembuhkan anda, malah sesetengahnya lebih memudaratkan. Memakan antibiotik untuk mengubati cirit-birit misalnya mungkin memburukkan lagi keadaan anda.

Kesakitan biasa seperti batuk dan selesema, sakit kepala, sakit kerongkong dan sembelit boleh dirawat dengan mudah, murah dan lebih selamat di rumah. Ubat tidak semestinya dimakan kerana tubuh mempunyai daya tahanannya sendiri untuk melawan penyakit. Jadi kenapa perlu mengambil risiko dengan memakan ubat?

Selesema dan flu
Anda tidak perlu berjumpa doktor jika anda demam atau selesema KECUALI jika ianya berlarutan hingga seminggu atau disertai demam. Sebaiknya:
• Minum banyak air dan dapatkan rehat yang secukupnya.
• Makan banyak buah seperti oren (atau minum jusnya) dan jambu batu.
• Untuk melegakan hidung tersumbat, tarik nafas dalam sebesen wap air panas  yang diletakkan dekat kaki. Tutup kepala dengan kain atau selimut dan tunduk menghadap besen air panas dan hidu wap panas tersebut. Petua kedua, letakkan sedikit garam dalam tangan dan sedut. Anda juga boleh menghidu bau bawang putih yang dicincang, beberapa kali sehari.
• Ambil sup ayam. Orang India biasanya menyediakan sup, rasam, daripada bawang putih, jintan putih, lada hitam, asam jawa, asafoetida, cili dan halia.
• Tumbuk sedikit halia dan ambil kira-kira sesudu airnya. Campurkan sedikit madu dan minumlah tiga kali sehari selama empat hari.

Batuk
Batuk merupakan satu cara untuk tubuh mengeluarkan kahak dan kuman dalam kerongkong atau paru-paru. Ubat biasanya tidak perlu kecuali tanda-tandanya berterusan atau terdapat darah dalam kahak.
• Minum banyak air mati.
• Bernafas dalam wap air panas untuk membersihkan hidung.
• Minum 1 atau 2 gelas air/jus kubis sehari.    
• Rebus tiga biji lobak merah selama 15 minit, ambil airnya dan campurkan dengan air untuk menjadikannya setengah gelas. Minum ketika panas 5 – 6 hari sehari.
• Rebus tiga biji bawang besar yang dipotong dadu dalam ½ liter air selama 5-10 minit. Tapis air rebusan itu, masukkan sesuatu untuk memaniskannya, dan minum seberapa banyak yang boleh di sepanjang hari.

Demam  
Demam ringan tidak mengancam nyawa. Anda dengan mudah boleh merendahkan suhu badan yang tinggi tanpa perlu berjumpa doktor.
• Tanggalkan semua pakaian atau kenakan pakaian yang longgar dan nipis agar badan mendapat udara segar yang secukupnya.
• Minta bantuan seseorang supaya mengipas anda untuk merendahkan suhu badan.
• Spankan seluruh badan dengan tuala basah. Jika anda susah hendak melakukannya, span cuma bahagian dada dan dahi dengan kerap sehingga demam kebah.
• Makan makanan yang lembut seperti bubur dan nasi yang dimasak lembek serta minumlah banyak air atau jus buah.
• Cuci segenggam kacang hijau dan biarkannya kering. Goreng tanpa minyak, masukkan ke dalam cawan, tambah sedikit air sejuk dan biarkan seketika sebelum meminumnya.

Sakit kepala dan migrain
• Rebus segenggam kangkung dan tumbuh hingga halus. Tuangkan segelas air ke dalamnya, masukkan sedikit garam, tapis dan minum.
• Tumbuk beberapa ulas bawang putih dan sapukan ke dahi.
• Letakkan kentang yang dihiris nipis di atas dahi. Gantikan dengan yang baru apabila ia telah kering.
• Belah sebiji lemon. Letakkan setiap sebelah pada bahagian pelipis dan biarkan selama 10-15 minit dengan sapu tangan atau skaf yang diikat pada kepala.

Sakit kerongkong
• Masukkan sesudu teh garam dalam segelas air dan berkumur dengannya.

Sembelit  
• Minum banyak air
• Minum banyak buah, sayur dan makanan kaya serat, misalnya roti gandum tulen.
• Rebus 1 kg lobak merah dalam seliter air selama 2 jam, kemudian kisar atau parut. Minum sup itu.

Cirit-birit
• Minum banyak air.
• Terapi Rehidrasi Oral (ORT) juga boleh melegakan cirit-birit. Masukkan 2 sudu besar gula dan ½ sudu teh garam dalam seliter air yang direbus (anda juga boleh masukkan ½ cawan jus oren atau sedikit jus lemon). Minum dalam setiap 5 minit – pagi dan malam – sehingga anda membuang air kecil dengan sempurna. Kanak-kanak mungkin perlu minum sekurang-kurangnya 1 liter sehari.
• Minum teh pekat (dan anda boleh masukkan jintan putih atau jus limau ke dalamnya).
• Untuk bayi, rebus kas-kas, kisar dan campur susu.

Beguk
Tidak berbahaya kepada anak kecil dan bengkak biasanya hilang dengan sendirinya dalam masa dua minggu. Beguk meninggalkan imun yang kuat, semula jadi dan aktif kepada anak anda sehingga jarang ia mendapat serangan kedua.
• Beri anak anda minum banyak air dan makanan lembut yang mudah ditelan.

Luka bernanah
• Cuci bahagian yang luka itu dengan sabun dan air selama ada nanah.
• Biarkan luka kecil terdedah tetapi balutlah luka yang besar. Jangan lupa untuk selalu menukar pembalutnya.
• Nasihatkan anak anda supaya tidak menggaru bahagian yang luka kerana ia akan merebakkan jangkitan.

Demam campak
Satu serangan boleh memberi perlindungan kekal daripada jangkitan pada masa akan datang. Biasanya ia tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendirinya.
• Nasihatkan anak anda supaya jangan menggaru ruam yang tumbuh pada badannya. Untuk mengelakkan jangkitan, kerat dan selalu bersihkan kukunya dan mandikannya setiap hari.
• Bersihkan keruping-keruping yang kering dengan kompres.

Mengesan penipuan kesihatan

Kesihatan adalah kekayaan. Tetapi bagi pemasar penipuan kesihatan, kata-kata ini memberikan pengertian baru – anda boleh mengaut untung besar melalui penjualan makanan yang tidak berkhasiat, kosmetik, ubat dan alat kesihatan kepada pengguna yang tidak mensyaki adanya penipuan.
Bagaimanakah caranya untuk mengelak dari ditipu dengan menggunakan produk yang tidak berguna? Syarikat-syarikat yang menjual produk seumpamanya sering menggunakan kata-kata dan gimik yang sama untuk mendapatkan perhatian pengguna – dan kepercayaan. Anda boleh melindungi diri dengan belajar tentang teknik-teknik yang sering mereka gunakan.

1 Satu produk untuk segala masalah
Berhati-hatilah dengan produk yang mendakwa mampu mengubati pelbagai jenis rawatan bagi penyakit yang tidak saling berkaitan –khususnya penyakit yang serius seperti kanser dan diabetes. Tidak ada sebarang produk yang boleh mengubati setiap penyakit dan keadaan kesihatan, dan bagi pelbagai penyakit yang serius (misalnya AIDS) tidak ada penyembuhan tetapi hanya terapi untuk membantu mereka.

Syarikat-syarikat tahu bahawa orang-orang yang menderitai penyakit tersebut mungkin menjadi mangsa kerana mereka terdesak untuk cepat sembuh dan sanggup mencuba apa sahaja ubat atau rawatan.

2 Testimonial Peribadi
Testimonial peribadi boleh menyebabkan anda tertipu kerana ia sukar dibuktikan. Testimonial adalah sejarah kes individu yang disampaikan dari satu mulut ke satu mulut yang lain. Atau ia memang sengaja diada-adakan.

3 Penyelesaian Mudah
Berhati-hatilah dengan kata-kata yang mengesyorkan bahawa sesuatu produk boleh memberi kelegaan yang cepat terutama jika penyakit atau keadaan itu serius. Dengan rawatan yang terbukti sekalipun, beberapa penyakit boleh dirawat dengan cepat.

Perhatikan juga perkataan “dalam beberapa hari” sebenarnya boleh merujuk kepada sebarang tempoh masa. Promoter yang menipu boleh menggunakan kata-kata yang samar seperti ini untuk melepaskan diri mereka daripada menghadapi tindakan undang-undang.   

4 Semula jadi
Jangan mudah terpedaya dengan istilah asli/tulen/semula jadi kerana ia kerap diguna pakai untuk menarik perhatian pembeli. Sesuatu produk didakwa selamat berbanding rawatan biasa. Namun begitu, istilah tersebut tidak semestinya menepati faktor keselamatan kerana sesetengah tumbuhan seperti cendawan yang beracun boleh membunuh bila dimakan.
Selain itu, apa jua produk sama ada sintetik atau asli cukup beracun dan bertindak hampir sama seperti ubat cukup beracun hingga boleh menimbulkan kesan sampingan.

5 Masa Menentukannya atau Rawatan yang Baru Ditemui
Dakwaan seumpamanya mengesyorkan bahawa produk tersebut menjadi satu kejayaan dan ramuan yang sudah lama digunakan. Berwaspadalah dengan dakwaan seperti “inovasi”, :”rawatan ajaib”, “produk eksklusif”, “penemuan baru” atau “ajaib”.

Jika sesuatu produk menjadi penawar untuk penyakit yang serius, ia akan dilaporkan secara meluas dalam media dan sering diberikan oleh golongan profesional perubatan – bukan disembunyikan dalam iklan dalam majalah atau akhbar, atau promosi lamanweb, di mana pemasar tidak dikenali, dipersoalkan atau daripada latarbelakang bukan saintifik.

Begitu juga dengan produk yang dikatakan “ramuan dahulu kala” atau berdasarkan “dongengan rakyat” atau “tradisi”. Dakwaan seperti ini menyarankan bahawa jangka hayat produk ini membuktikan ia selamat dan berkesan. Tetapi sesetengah herba berulang kali digunakan sejak dahulu kala untuk tujuan perubatan membawa risiko yang dikenal pasti hanya kebelakangan ini saja.

6 Jaminan kepuasan
Berhati-hatilah, dakwaan seperti ini oleh mereka yang menipu tentang barangan palsu yang jarang berada di tempat yang sama buat masa yang lama. Oleh kerana pelanggan tidak dapat mencarinya, pemasar boleh bermurah hati dengan jaminan yang diberikan.

7 Penipuan perubatan yang tidak bermakna
Istilah dan penjelasan saintifik seperti ini mungkin kedengaran menarik dan mungkin mempunyai unsur-unsur kebenaran di dalamnya, tetapi tidak ada caranya jika ia benar atau palsu. Istilah-istilah yang menarik pada amnya menutup masalah kekurangan bukti saintifik.

Istilah atau penjelasan boleh diangkat dari satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal saintifik yang boleh dipercayai sungguhpun kajian itu adalah untuk subjek yang berbeza sama sekali. Hanya segelintir sahaja yang akan meneliti kajian asal yang diterbitkan.

8 Janji menurunkan berat badan
Hanya ada satu cara untuk menurunkan berat badan: Kurangkan makan atau kurangkan makanan berkalori tinggi dan banyakkan bersenam. Penurunan berat badan yang munasabah dan sihat ialah kira-kira 1-2 paun seminggu

Senaman untuk elak tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi ialah kuasa darah yang dikenakan ke dinding arteri. Jantung mengepam darah ke seluruh badan menerusi arteri-arteri ini dan ke dalam saliran darah dipanggil kapilari. Tekanan yang dikenakan kepada jantung yang terhasil dalam arteri anda apabila ia dipam dikenali sebagai tekanan darah tinggi.

Tekanan darah naik dan turun sepanjang hari. Tekanan darah tinggi berlaku apabila tekanan darah kekal tinggi sepanjang masa. Apabila ini berlaku, pembuluh darah menjadi sempit atau keras, memaksa jantung mengepam lebih kuat untuk menolak darah ke tubuh.

Tekanan darah tinggi (juga dikenali sebagai hipertensi) merupakan pembunuh senyap – ia sering tidak menunjukkan sebarang tanda, meskipun teruk. Ini boleh menyebabkan tekanan darah tinggi selama bertahun-tahun tanpa mengetahuinya.

Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal merupakan masalah yang serius kerana ia boleh merosakkan banyak organ tubuh. Ia menjadikan jantung bekerja kuat dan menyumbang kepada aterosklerosis (mengeraskan arteri). Ia meningkatkan risiko penaykit jantung dan strok, dan boleh menimbulkan masalah-masalah lain seperti kegagalan jantung kongestif (malah kebutaan).

Senaman menguatkan jantung. Jantung yang lebih kuat mampu mengepam lebih banyak darah dengan lebih berkesan. Dan semakin kurang jantung perlu bekerja, semakin kuranglah desakan atau tekanan, yang berlaku pada arteri.

Senaman juga boleh mempertingkatkan keadaan arteri dan pembuluh, yang boleh menambah aliran darah.

Hasil kajian mendapati:
• Dalam satu persidangan Institut Kesihatan Kebangsaan AS, adalah didedahkan bahawa senamrobik mengurangkan tekanan darah (bukan senaman) rehat dalam orang ramai yang mempunyai hipertensi oleh purata 11 poin dari angka teratas dan 9 poin dari angka terendah. Itu sudah cukup untuk merendahkan tekanan darah tinggi ke paras normal (The Physician and Sports Medicine, Jun 1996).

• Menjadi lebih aktif boleh merendahkan tekanan darah sehingga 4-9 poin – penurunan yang sama dalm tekanan  darah yang disampaikan oleh sesetengah ubat anti hipertensif tetapi tanpa kesan sampingan (artikel Klinik Mayo AS, 12 Ogos 2004).

• Bersenam dari semasa ke semasa juga membantu anda mengekalkan berat badan yang normal atau turun beberapa paun. Penurunan berat badan boleh memberi kesan yang kuat ke atas tekanan darah, mengurangkannya sebanyak 20 poin. Malah, apabila anda bersenam, anda mungkin mampu menurunkan jumlah ubat untuk tekanan darah.

• Cuma 30 minit bersenam secara sederhana, seperti berjalan cepat, setiap hari membawa manfaat yang sangat berguna. Bersenam boleh menurunkan tekanan sistolik sebanyak 4-9 mm Hg (Harvard, 2003).

Senaman boleh menjadi penting untuk orang yang berada di tahap hipertensi sempadan, dan apabila bergabung dengan gaya hidup yang diubah suai seperti mengubah diet dan berhenti merokok, boleh menurunkan tekanan yang secukupnya hingga pesakit tidak perlu makan ubat untuk mengawal tekanan darah,” kata pakar hipentensi Dr Samuel Mann, profesor madya perubatan di Pusat Perubatan Weill Cornell, New York (membuat kajian mengenai Annals of Internal Medicine).

Bacalah lebih lanjut mengenai bagaimana senaman boleh mengubati beberapa jenis penyakit, dalam panduan CAP, BERSENAM SEBAGAI UBAT.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt