Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Jimat air dan wang

Pertambahan penduduk yang semakin meningkat, keperluan pertanian, peralatan yang tidak cekap dan kadangkala tabiat pengguna yang tidak menghargai sesuatu telah meletakkan tekanan ke atas bekalan air kita. Berikut adalah beberapa panduan bagaimana anda boleh menjimatkan air dan wang.

Bagi kebanyakan daripada kita menganggap air sentiasa ada apabila membuka paip. Kita mengambil mudah dan membazirkannya.

Kebanyakan pihak berkuasa air pada hari ini menggesa pengguna supaya mengurangkan penggunaan air dan memberikan risalah dan brosur mengenai cara menjimatkan air. Bagi mereka menjimatkan air bermakna mengurangkan wang untuk membina empangan baru sebagai ganti ia boleh dibelanjakan untuk memperbaiki infrastruktur sedia ada.

Bagi anda menjimatkan air sama seperti menjimatkan wang, lebih banyak anda gunakan, lebih banyak wang yang anda perlu keluarkan untuk membayar bilnya.

Jika anda menjimatkan air panas ketika mandi, anda juga mengurangkan bil untuk tenaga.

Bilik mandi

• Belilah pancuran mandi beraliran rendah.
• Cuba hadkan mandian kepada kira-kira lima minit.
• Jika anda mempunyai tandas pam gaya lama, tukarlah kepada dual-flush cistern. Apabila anda menggantikan tandas sedia ada, pasanglah tandas pam dual-flush cistern.
• Pasanglah paip air yang boleh menjimatkan air.
• Tutup paip air ketika memberus gigi atau bercukur.

Dapur

• Pastikan tempat membasuh pinggan dipenuhi air, memandangkan anda tidak boleh menyesuaikan paras air, ia selalu menggunakan jumlah penuh.
• Jika anda membasuh pinggan menggunakan tangan dan ketika membasuh sayuran, jangan melakukannya di bawah air mengalir. Gunakan penutup dan penuhi sink dengan hanya jumlah air yang anda perlukan.

Membasuh pakaian

• Belilah mesin basuh muatan depan. Ia mungkin lebih mahal berbanding muatan atas tetapi ia lebih menjimatkan tenaga dan air, gunakan sedikit serbuk pencuci dan ia akan menjimatkan wang dalam jangka panjang.
• Membasuh dengan beban penuh lebih menjimatkan air. Jika tidak anda boleh menyesuaikan paras air menurut mesin basuh. Jika anda hanya mempunyai sedikit pakaian untuk dibasuh, lakukannya menggunakan tangan.

Memeriksa kebocoran

Kebocoran boleh dilihat dengan jelas (contohnya air yang menitis daripada paip atau tersembunyi (seperti paip rosak). Ini membazirkan banyak air dan wang anda.

• Baiki kebocoran secepat mungkin apabila anda mengesannya.
• Tandas mungkin bocor tanpa tanda yang boleh dilihat. Untuk memeriksanya, anda perlu memasukkan pewarna makanan ke dalam cistern. Jika anda melihat warna muncul tanpa mengepam ia tanda berlaku kebocoran.
• Anda boleh menggunakan meter air untuk memeriksa sistem bagi mengesan kebocoran tersembunyi. Tutup semua paip dan peralatan yang menggunakan air di rumah anda. Lihatlah bacaan meter anda. Periksalah bacaan sekali lagi selepas beberapa jam (contohnya semalaman), ia akan berbeza jika berlaku kebocoran.

Taman

Reka bentuk taman yang betul, pemilihan pokok dan panduan menyiram bergantung kepada tempat dan di mana anda tinggal.

• Kumpulkan pokok dengan keperluan air yang sama.
• Jangan menyiram taman pada waktu panas atau ketika berangin kerana air akan bertukar menjadi wap atau dibawa angin sebelum ia mencapai akarnya.
• Siram taman setiap dua hingga empat hari daripada menyiramnya setiap hari. Ini akan menggalakkan pertumbuhan akar yang lebih panjang.
• Jangan potong rumput di laman kurang daripada tiga hingga empat sentimeter, supaya daunnya boleh meneduhkan satu sama lain.
• Siram pada akar pokok dan bukan pada daunnya.
• Air hujan sesuai untuk menyiram taman anda. 

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt