Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Perluaskan Tindakan Ke Atas Premis Makanan Kotor

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan tindakan pihak berkuasa kesihatan yang mengambil tindakan tegas untuk menutup mana-mana restoran yang kotor di negeri ini.

Setiap tahun lebih daripada seribu kesalahan direkodkan. Perkara ini tidak seharusnya berlaku lagi. Kita sepatutnya mensasarkan kesalahan sifar.


Adakah Anda Makan Plastik?

alt

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memperingatkan pengguna untuk mengelak daripada memakan makanan yang dimasak menggunakan sendok dan sudu plastik atau makanan panas yang disimpan di dalam bekas plastik. Daripada perspektif kesihatan awam, plastik yang dipanaskan adalah sumber pendedahan terhadap elemen berbahaya yang tidak sewajarnya dan langkah yang lebih tegas dan ketat mestilah diambil untuk mencegahnya.

Penggunaan plastik telah meningkat dengan pesat. Pengeluaran plastik global pada 2012 meningkat kepada 288 juta tan – peningkatan 2.8% berbanding 2011.

Plastik berada dalam hampir apa sahaja barangan yang kita gunakan dan orang ramai termakan secara tidak disedari. Kita tentunya tidak akan makan plastik sekiranya kita mengetahuinya tetapi apabila kita makan atau minum sesuatu yang disimpan dalam plastik, terutamanya makanan atau cecair yang panas, plastik mungkin akan bergabung bersama dan masuk ke dalam tubuh kita.


Siarkan Nama Kilang Makanan Kotor

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memuji langkah pihak berkuasa kesihatan Pulau Pinang yang mengambil langkah tegas menutup kilang makanan kotor di negeri ini. Langkah yang sama perlu dilakukan di seluruh negara. Keselamatan makanan tidak boleh diambil mudah.

Keluarkan Pengesahan Halal bagi Ubatan dan Suplemen Makanan

alt

CAP berasa bimbang dengan penjualan ubatan dan suplemen makanan yang mengandungi bahan-bahan yang dilarang pengambilannya oleh umat Islam di hospital dan farmasi. Ramai orang Islam memakannya tanpa menyedari mereka melanggar hukum syarak.

Wajibkan Semua Pusat Sembelihan Ayam Mempunyai Sijil Halal

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke atas status halal haram ayam proses supaya mengambil tindakan dengan segera bagi memastikan semua pusat sembelihan ayam di negara ini mempunyai Sijil Halal.

Pelabelan Makanan Hasil Kejuruteraan Genetik di Malaysia Terancam oleh TPPA

Pembentangan “Fast Track Bill” di Amerika Syarikat memberi isyarat bahawa di dalam Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) negara itu akan terus mendesak Malaysia agar  mengetepikan pelabelan makanan kejuruteraan genetik (GE). Malaysia pada masa ini sedang merundingkan TPPA dengan 11 negara lain – Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam – dan rundingan ini masih giat berjalan.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt