Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Perluaskan Tindakan Ke Atas Premis Makanan Kotor

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan tindakan pihak berkuasa kesihatan yang mengambil tindakan tegas untuk menutup mana-mana restoran yang kotor di negeri ini.

Setiap tahun lebih daripada seribu kesalahan direkodkan. Perkara ini tidak seharusnya berlaku lagi. Kita sepatutnya mensasarkan kesalahan sifar.


Menurut tinjauan kami di premis makanan, kami mendapati keadaan kebersihan yang amat teruk bukan hanya di restoran, tetapi juga di gerai penjaja, kantin sekolah, hospital dan institusi lain. Kita masih boleh melihat kucing liar dan gagak sedang menunggu pinggan yang belum di bersihkan di atas meja. Banyak daripada premis ini juga menjadi sarang tikus dan lipas.

Oleh sebab itu, kami menggesa pihak berkuasa supaya memperluaskan lagi skop serbuan mereka kepada semua jenis premis makanan dan ini perlu dijalankan di seluruh negara. Keracunan makanan perlu diambil serius dan tiada kompromi terhadap kesihatan awam.

Untuk lebih berkesan dalam usaha ke arah premis makanan yang lebih bersih, CAP menggesa pihak berkuasa supaya:

-- Menjadikan mandatori bagi semua pengendali makanan untuk menghadiri kursus pengendalian makanan setiap tahun.

-- Mewujudkan talian hotline 24 jam untuk orang ramai membuat aduan jika mereka mendapati premis atau pengendali makanan yang kotor.


Kenyataan Akhbar 27 Februari 2015

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt