Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Siarkan Nama Kilang Makanan Kotor

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memuji langkah pihak berkuasa kesihatan Pulau Pinang yang mengambil langkah tegas menutup kilang makanan kotor di negeri ini. Langkah yang sama perlu dilakukan di seluruh negara. Keselamatan makanan tidak boleh diambil mudah.

Bagaimanapun, CAP merasakan hukuman denda dan langkah menutup kilang untuk menghentikan pemilik yang bersalah daripada mengulangi kesilapan mereka bukanlah langkah mencegah yang berkesan kepada industri makanan lain.

Setiap tahun lebih daripada beribu kesalahan yang direkodkan. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku lagi. Kita seharusnya mensasarkan kesalahan sifar.

Bagi langkah yang lebih berkesan dalam usaha ke arah kilang makanan yang lebih bersih, CAP menggesa pihak berkuasa agar:-

-- Menyiarkan nama kilang bagi menjadi pengajaran kepada semua pemilik kerana melanggar Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

-- Pihak berkusa seharusnya mengarahkan kilang yang terlibat supaya mengeluarkan semua bahan makanan dari rak/pasaran. Ini kerana bahan ini diperbuat dalam keadaan yang melanggar Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan dengan itu ia mungkin bercampur dengan bahan lain atau tercemar.


Kenyataan Akhbar, 12 Sept 2014

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt