Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

PELABELAN PRODUK MAKANAN ASING

Tinjauan yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini menunjukkan produk makanan asing dari China, Thailand, Bangladesh, Vietnam dan Korea tidak mematuhi Peraturan Makanan 1985 Bahagian IV (Pelabelan) dan Akta Perihal Dagangan 1972 Bahagian II Seksyen 6(1).

Label pada produk ini tidak mempunyai nama dan alamat pengimport, pengedar dan ramuan yang terkandung di dalam produk. Tambahan pula, bahasa yang digunakan pada label juga menggunakan bahasa negara berkenaan dan sepatutnya dalam bahasa Malaysia sepertimana yang diperlukan di bawah Akta itu.

Haramkan L-cysteine daripada sumber haiwan – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan agar mengharamkan L-cysteine berasaskan sumber haiwan dan mengenakan pelabelan mandatori bagi bahan ini dalam produk yang dijual di Malaysia.

Menurut Jadual 11 Peraturan Makanan 1985, penggunaan L-cysteine dibenarkan dalam tepung gandum dan tepung tinggi protein untuk membuat roti.

Makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia seperti roti, roti canai, roti jala, puri dan kuih pau yang diperbuat daripada tepung mungkin mengandungi L-cysteine, penambah makanan yang diperolehi daripada sumber manusia  dan haiwan seperti rambut, pelepah dan kuku haiwan.

Kerajaan mesti hentikan penggunaan antibiotik terlarang dalam udang

Kekecohan mengenai pengharaman udang dari Malaysia oleh pihak pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika (USFDA) ekoran ia mengandungi antibiotik yang diharamkan menimbulkan pelbagai respons yang aneh dan tidak masuk akal.

Hakikatnya, dua antibiotik yang terbabit iaitu Chloramphenicol dan Nitrofurans telah diharamkan penggunaannya di Malaysia sejak 1985. Namun hingga kini ia masih digunakan dalam sektor penternakan ikan dan haiwan ternakan ladang.

Hentikan Hidangan Daging dari Sumber Haiwan yang Diberi Antibiotik – CAP

Bersempena dengan Hari Hak Pengguna Sedunia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa mengharamkan penggunaan antibiotik dalam makanan ternakan.

Kami juga menggesa rangkaian makanan segera supaya berhenti daripada menghidangkan daging yang diperolehi daripada haiwan ladang yang diberikan antibiotik.

Jaminan Keselamatan Makanan Tanpa Tanaman GM

Kami ingin memberikan maklumbalas terhadap artikel “Securing our food supply with GM crops” oleh Dr. Hoe-Han Goh yang disiarkan dalam akhbar New Straits Times, 14 November 2015. Dr. Goh memuji manfaat tanaman ubah suai genetik (GM) di beberapa negara, tetapi artikel ini gagal untuk memberi gambaran sepenuhnya dan kami ingin menangani jurang penting ini.

Dalam kes India, selepas 10 tahun penanaman kapas Bt (kapas GM), Jawatankuasa Tetap Pertanian Parlimen India mengeluarkan laporan pada Ogos 2012 menyatakan bahawa “Tiada manfaat sosio-ekonomi yang signifikan kepada petani disebabkan oleh pengenalan kapas Bt. Sebaliknya, amalan pertanian bermodal intensif menyebabkan pelaburan petani telah meningkat berkali ganda, dengan itu mendedahkan mereka kepada risiko yang jauh lebih besar akibat hutang yang banyak, yang sebahagian besar daripada mereka tidak mampu bayar. Pengalaman sedekad lalu secara kesimpulannya menunjukkan manakala [pertanian GM] memberikan manfaat besar kepada industri, tetapi dalam kalangan petani miskin sedikit manfaat pun tidak dilihat”. [1]

Ancaman senyap: Makanan GM di Malaysia

Sekatan atau pengharaman pengeluaran organisma diubahsuai secara genetik (GMO) wujud di banyak negara di seluruh dunia. Namun Malaysia telah meluluskan lapan jenis jagung dan enam jenis kacang soya yang telah diubahsuai secara genetik (GM) untuk makanan, makanan ternakan dan pemprosesan. Di samping itu, kelulusan juga telah diberikan bagi kajian lapangan nyamuk GM, betik, dan pelepasan produk GM untuk digunakan sebagai racun perosak dan baja[1]. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak menyedari kelulusan-kelulusan ini.

Kelulusan tersebut telah dikeluarkan oleh Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di bawah peruntukan Akta Biokeselamatan 2007. Produk GM yang diluluskan untuk makanan, makanan ternakan dan pemprosesan mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Antaranya rintangan terhadap serangga dan toleransi kepada racun herba. Kegunaan seolah-olah tidak berbahaya ini menyembunyikan pelbagai risiko yang belum ditangani oleh pihak berkuasa dengan secukupnya walaupun kebimbangan dan bantahan dibangkitkan oleh kumpulan-kumpulan masyarakat sivil termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah memberi ulasan dengan rujukan bukti saintifik. Risiko-risiko ini termasuk kebimbangan terhadap kesihatan, alam sekitar, sosial, etika dan budaya.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt