Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

UTAMAKAN UNTUNG, bukan KHASIAT

Makanan ultra-proses berada di mana-mana. Pasar raya, stesen minyak, mesin layan diri, kedai serbaneka, kedai runcit dan kedai lain dipenuhi dengannya. Tetapi adakah ia makanan, iaitu memberikan kita khasiat dan kesihatan? Ia sedap dan menagihkan tetapi memacu penyakit tidak berjangkit yang menjangkiti kita.

Menurut Yayasan Jantung dan Strok Kanada (HSFC), contoh terbaik makanan ultra-proses adalah hotdog, manisan, minuman ringan, bijirin sarapan, nuget ayam dan kerepek. Makanan ultra-proses adalah makanan yang melalui pelbagai proses seperti pengacuan, penyemperitan, dan pengilangan. Ia juga biasanya mengandungi pelbagai ramuan yang menjalani beberapa peringkat pemprosesan.

Ia biasanya mengandungi tidak lebih daripada tepung halus, gula, lemak, garam dan banyak perisa dan bahan penambah makanan – bahan murah yang digunakan untuk menggantikan makanan asli. Ia juga dibuat untuk memanjangkan hayat dan boleh bertahan lama di rak. Oleh itu banyak bahan pengawet digunakan.

Banyak kajian yang dibuat menunjukkan makanan ultra-proses boleh meningkatkan risiko menghidap keadaan tertentu seperti obesiti, kanser, diabetes Jenis 2, batu karang dan penyakit kardiovaskular.

Makanan ini adalah resipi untuk kesihatan dan pemakanan yang buruk.

alt

alt

alt

alt

alt