Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Limau Bali: Lazat dan Berkhasiat

Ramai orang mengambil oren untuk Vitamin C. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat buah tempatan yang boleh menjadi pengganti bagi oren? Ia adalah limau bali, buahnya berbentuk bulat dengan kulit yang kasar serta berwarna hijau pucat atau kuning.

Dikenali sebagai limau abung, bali, gedang dalam kalangan orang Melayu, limau bali mengandungi kira-kira 45 mg Vitamin C bagi setiap 100 g bahagian yang boleh dimakan, iaitu lebih daripada jumlah (kira-kira 40 mg) yang didapati dalam oren. Vitamin C baik untuk kulit dan membantu tubuh kita untuk menentang jangkitan.

Paling besar daripada semua buahan sitrus, limau bali juga kaya dengan Vitamin A berbanding oren. 100 g bahagian limau bali dengan mudah memberikan 33 mcg Vitamin A berbanding kepada hanya 21 mcg dalam bahagian oren yang sama. Vitamin A membantu  untuk meningkatkan kesihatan yang baik.

Dalam bentuk mineral, limau bali kaya dengan kalium, mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk penyelarasan aktiviti otot dengan lebih sempurna. Ia mempunyai kira-kira tiga kali lebih banyak kalium berbanding oren.

Di samping itu, ia juga kaya dengan fosforus dan natrium. Ia mempunyai kira-kira empat kali lebih banyak natrium berbanding oren. Natrium membantu untuk mengekalkan pemusatan cecair tubuh yang betul manakala fosforus penting untuk tulang dan gigi yang sihat.

Apa lagi, buah ini juga mempunyai serat yang membantu untuk mencegah sembelit. Bagi mereka yang berdiet, limau bali adalah buah yang paling sesuai untuk mereka kerana ia tidak mengandungi lemak.

Limau bali juga mempunyai jumlah tertentu protein, kalsium, zat besi dan vitamin B.

Di samping isinya yang berair yang biasanya dimakan mentah, bahagian lain limau bali juga juga mempunyai kegunaannya yang tersendiri. Orang Melayu mengawet kulit buah untuk menjadikannya manisan. Biji benih dan hirisan kering buah yang muda, buah yang matang dan bunganya digunakan oleh orang Cina dalam pelbagai ubatan. Minyak wangi yang harum juga boleh diekstrak daripada bunganya yang mempunyai bau yang kuat.

Daunnya secara tradisional digunakan sebagai tuam yang panas dan kemudiannya digunakan pada bahagian yang bengkak dan sendi yang sakit. Rebusan daunnya juga digunakan sebagai aroma mandian atau mencuci ulser kulit, atau diambil bagi batuk dan gementar. Kulit buah diperah dan disedut bagi loya dan rebusannya diminum untuk batuk dan perut yang tidak selesa.

Limau bali di Malaysia terdapat dalam dua jenis: jenis isinya yang berwarna krim pucat dan jensi isi merah jambu.

Dipetik daripada buku CAP “Buah-buahan – Panduan Pemakanan”. Untuk maklumat lanjut mengenai buah-buahan tempatan, dapatkan buku di sini.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt