Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Hentikan Eksport Untuk Kekalkan Harga Sayuran dan Ikan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) supaya mengambil langkah segera untuk menurunkan harga sayuran, buahan dan ikan yang telah meningkat sehingga 300% dalam tempoh seminggu.

Dilaporkan pada 15 November 2017, kenaikan harga dan kekurangan sayuran dan ikan adalah disebabkan oleh musim hujan yang berlaku dalam beberapa minggu yang lalu.

Memandangkan berlakunya kekurangan sewaktu musim hujan, Malaysia perlu menghentikan eksport ikan dan sayuran ke negara lain dan ia perlu terus diharamkan untuk memenuhi permintaan tempatan sehingga musim hujan berakhir.

Berikut adalah senarai harga perbandingan.

CAP menggesa Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyiasat peningkatan harga di atas memandangkan golongan berpendapatan rendah akan terjejas dengan teruk oleh kenaikan harga barangan ini. Kenaikan harga makanan tidak selaras dengan peningkatan gaji yang begitu perlahan dan dengan itu membebankan pengguna dengan kenaikan kos kehidupan.

CAP juga telah berulang kali menggesa FAMA supaya mengawal pemasaran dan pengedaran sayuran di negara ini tetapi malangnya gesaan kami tidak dipedulikan. Kawalan ini akan kritikal disebabkan akses pengguna kepada diet yang lebih sempurna dikompromi dengan kos makan yang tinggi.

Kenyataan Akhbar, 20 November 2017

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt