Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Tarik semula daging beku import dari pasaran

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa agar menarik semula daging beku import dengan segera dari pasaran kerana pengguna Islam dikhuatiri tanpa sedar memakan daging yang Tidak Halal.

Gesaan ini dibuat sebagai maklum balas kepada laporan yang menyebut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah merampas 1,500 tan daging beku bernilai RM30 juta dari sebuah bilik stor di Senai, Johor. Menurut laporan tersebut, daging itu diimport dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina. Daging yang tidak halal itu kemudian dibungkus  semula dan dilabelkan sebagai daging Halal sebelum ia diedarkan ke seluruh negara. (Sinar Harian, 2/12/2020)

Ini bukanlah rampasan pertama daging beku import yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

> Pada Jun tahun ini, pihak berkuasa Malaysia telah merampas daging beku bernilai lebih RM80,000 di Pasir Mas, Kelantan dari negara jiran.

> Pada 2018, pihak berkuasa menemui 273 kotak berisi daging beku dari Brazil seberat 5,106 kg bernilai RM72, 840 dengan cukai bernilai RM7,284.

Disebabkan harga daging tempatan yang mahal, restoran dan tempat makan lain menggunakan daging beku import dalam makanan yang dihidang kepada pelanggan. Pengeluar daging yang diproses turut menggunakan daging beku import dalam produk mereka.

Justeru itu, kita tidak boleh menganggap bahawa daging berlabel ‘Halal’ itu benar-benar halal. Pengguna dinasihatkan agar tidak membeli daging beku import dan produk daging yang diproses  sehingga pihak berkuasa dapat memastikan bahawa daging beku yang beredar di pasaran adalah daging yang Halal.

Sehubungan dengan laporan terbaharu mengenai penyeludupan daging beku import di negara ini, Persatuan Pengguna  Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa agar:

> Menarik semula daging beku yang diimport dari pasaran

> Mengambil tindakan tegas terhadap penyeludup daging beku import kerana ia melibatkan soal akidah orang Islam.

 

 

Kenaikan Drastik Harga Bawang Merah

Persatuan Pengguan Pulau Pinang (CAP) amat prihatin dengan kenaikan mendadak dalam harga bawang merah selepas India mengenakan pengharaman eksport disebabkan bencana banjir monsun.

Tinjauan pasaran oleh CAP yang dilakukan di Pulau Pinang menunjukkan harga bawang merah import dari China, Holland dan Pakistan meningkat daripada RM4.00 kepada RM7.50 sekilo sebulan yang lepas dan pada masa ini ia meningkat kepada RM10.50 sekilo.

Aduan biasa yang diterima oleh CAP ialah bawang merah berkualiti rendah tetapi harganya mahal.

UTAMAKAN UNTUNG, bukan KHASIAT

Makanan ultra-proses berada di mana-mana. Pasar raya, stesen minyak, mesin layan diri, kedai serbaneka, kedai runcit dan kedai lain dipenuhi dengannya. Tetapi adakah ia makanan, iaitu memberikan kita khasiat dan kesihatan? Ia sedap dan menagihkan tetapi memacu penyakit tidak berjangkit yang menjangkiti kita.

INSTITUSI SEOLAH-OLAH MELINDUNGI ANDA TETAPI MELAKUKAN SEBALIKNYA

Selepas tiga tahun menerajui Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) AS pada penghujung 1960-an, bekas Pesuruhjaya, Dr Herbert Ley meletak jawatan dengan penuh rasa kecewa. Akhbar The San Francisco Cronicle segera menemubual beliau dan bertanya kenapa beliau meletak jawatan. Beliau menjawab: “FDA melindungi syarikat besar pengeluar ubat-ubatan dan kemudian diberi ganjaran, dan dengan menggunakan kuasa pengawasan kerajaan, ia menyerang mereka yang mengancam  syarikat ubat tersebut. Orang menyangka FDA melindungi mereka. Sebenarnya tidak. Apa yang FDA lakukan dan apa yang difikirkan oleh orang awam berbeza sama sekali, umpama siang dan malam.”

Bolehkah kita sihat sambil menjimatkan wang?

Ia bukan saja tidak mustahil malah lebih sihat. Adalah benar makanan yang baik lebih murah kerana makanan proses boleh menjadi mahal. Makanan asli dan segar juga lebih berkhasiat. Ia juga tidak mempunyai bahan penambah makanan yang ditambah bukan untuk dimakan, tetapi untuk jangka hayat yang lebih panjang; menggantikan warna dan perisa yang hilang; dan memenuhi keperluan lain industri makanan.

alt

alt

alt

alt

alt