Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kutipan Hutang Mesti Dikawal



Hutang isi rumah negara ini setinggi 88% daripada Keluaran Negara Kasar dan dengan purata, nisbah bayaran semula hutang adalah sekitar 44% (ia bermaksud bahawa 44% daripada pendapatan digunakan untuk membayar hutang). Tambahan pula, secara purata seramai 55 orang diisytiharkan bankrap setiap hari.

Ini bermakna ramai orang tidak mampu atau mungkin tidak lama lagi juga tidak mampu untuk membayar bayaran ansuran bulanan mereka. Dengan begitu ramai rakyat Malaysia yang berhutang adalah wajar untuk mengawal urusan pengutipan hutang.

Bank Negara Malaysia Membuat Pusingan U Berhubung Skim Liabiliti Tanpa Kesalahan

Adakah pengguna terpaksa membayar lebih untuk insurans kenderaan mereka berbanding apa yang mereka bayar sekarang apabila nyahtarif insurans kenderaan bermula pada 1 Julai? Ini adalah apa yang Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) faham kerana Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dalam jawapannya kepada soalan “Apakah % peningkatan yang boleh saya jangka (penekanan CAP) bagi premium kenderaan saya”: “Ia akan berbeza antara satu syarikat insurans dengan syarikat insurans yang lain. Pengguna perlu meneliti insurans kenderaan yang memenuhi keperluan mereka.”

Laporan yang memetik Persatuan Aktuari Malaysia (ASM) juga bersetuju bahawa “apabila nyahtarif tarif dan perniagaan kenderaan, kadar premium dijangka meningkat bagi perniagaan kenderaan yang akan menghasilkan penambahbaikan nisbah kerugian kenderaan daripada mengalami kerugian semasa atau kedudukan pulang balik modal.”

Bahaya Tersembunyi Di Sebalik Transaksi Dalam Talian

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mana pasaran dalam talian adalah paling pantas berkembang di rantau ASEAN. Rakyat Malaysia menggunakan Internet untuk mendapatkan berita, penyelidikan, rangkaian sosial dan membeli-belah. Dengan 19 juta orang dalam talian, kita mempunyai penembusan tertinggi pembeli dalam talian yang menyokong perniagaan bernilai RM25 bilion yang dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2020. Bagaimanapun, adakah semua pembeli dalam talian bersedia untuk menghadapi cabaran yang datang bersamanya?

E-dagang semakin meningkat berikutan beberapa kelebihan seperti kemudahan membeli-belah secara dalam talian, kelebihan dari segi harga, tawaran ekslusif dan kemudahan untuk penelitian. Menempah tiket penerbangan, bilik hotel, tiket wayang, bayaran bil, transaksi dengan agensi kerajaan dan perbankan semuanya secara dalam talian. Pengguna yang membuat transaksi melalui laman sedemikian atau laman membeli-belah secara talian yang terkenal jarang berdepan sebarang masalah, asalkan mereka mengikuti prosedur yang betul dan tidak tertipu oleh laman phishing (menipu).

Harga Ayam Melambung Tinggi

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat terkejut oleh hakikat bahawa harga runcit ayam meningkat kepada antara RM9 dan RM11 sekilogram pada minggu ketiga Jun. Ia meningkat antara RM1.50 hingga RM3.50 dalam tempoh seminggu.

Kami menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk bertindak segera kerana ayam adalah sumber penting daging putih yang murah.

Adakah Keselamatan Siber Kita Tidak Wujud?

Kes kumpulan warga Amerika Latin menggodam beberapa mesin teller automatik atau ATM di Malaysia serta melarikan lebih RM3 juta amat menakutkan. Ia sepatutnya membuka mata kita bahawa keselamatan siber di negara ini amat kekurangan dan lemah serta ada kemungkinan maklumat peribadi dan kewangan kita tidak seselamat yang diharapkan.

 

Haram Membeli Surat Pajak Gadai

Sudah bertahun-tahun amalan membeli surat pajak gadai berlaku di negara ini. Menurut agensi penguatkuasa, Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, adalah tidak sah atau haram bagi sesiapa sahaja untuk membeli surat pajak gadai.

Di sebalik undang-undang dan denda yang dikenakan tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 12 tahun, amalan ini masih berterusan dan semakin berleluasa. Tindakan tidak mempedulikan undang-undang yang ada berpunca daripada kelemahan agensi penguatkuasaan itu sendiri. Pembeli surat pajak menjadi begitu berani sehingga secara terbuka mengiklankan perkhidmatan mereka.

 

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt