Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Akta Kredit Pengguna Sudah Lama Ditunggu

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan kenyataan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, bahawa Akta Kredit Pengguna akhirnya boleh menjadi sebahagian daripada perundangan Malaysia kita bermula pada tahun hadapan.

CAP sudah lama memperjuangkan pelaksanaan Akta Kredit Pengguna yang lebih lengkap sejak dua dekad yang lalu. Pada 2004, CAP menerbitkan satu memorandum berhubung keperluan bagi Akta Kredit Pengguna yang memberikan tumpuan kepada bidang yang menjadi masalah dalam urus niaga seperti sewa beli, pinjaman wang, jualan kredit (contohnya, Courts Malaysia, Singer dan sebagainya), pajak gadai, pinjaman koperasi, kad kredit dan pinjaman peribadi).

Perubahan dan Pengawasan Berhubung Pinjaman Koperasi Telah Lama Tertunda

Kami merujuk kepada kenyataan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 10 Jun 2019 yang menyatakan bahawa ia akan menyiasat dakwaan koperasi tertentu yang terlibat dalam sindiket penipuan pinjaman dan memalsukan penyata gaji kakitangan awam dan pekerja syarikat berkaitan kerajaan.

Penipuan pinjaman yang didakwa itu melibatkan Pergerakan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) dan pelbagai koperasi persendirian, mendapat perhatian dan pada masa kini sedang disiasat, demikian mengikut laporan The Star, 8 Jun 2019. Laporan penipuan itu juga melibatkan bayaran pinjaman hanya 50% daripada jumlah yang dimohon oleh kakitangan awam dengan kad ATM mereka juga turut dirampas.

Kerajaan Perlu Pastikan Pangkalan Data Peribadi Selamat – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut apabila mendapat tahu pangkalan data peribadi kita tidak selamat, berikutan berita berhubung “data peribadi dicuri” dan “penjualan data peribadi secara haram” sejak beberapa minggu kebelakangan. Kami khuatir sama ada negara kita bersedia untuk berdepan dengan ekonomi digital.

Sebahagian besar transaksi sekarang dilakukan secara atas talian atau online. Desakan ke arah ekonomi digital datang dalam pelbagai bentuk – perniagaan memberikan diskaun khusus bagi belian atas talian, bank mengenakan bayaran ke atas mereka yang menggunakan perkhidmatan di kaunter, sementara agensi-agensi kerajaan, seperti KWSP dan PERKESO, mewajibkan caruman secara “online”. Malah mengisi borang cukai pendapatan sekalipun perlu dilakukan secara online.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt