Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Keuntungan 83,233% bagi segelas air 300 ml?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya menguatkuasakan dengan segera Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 terhadap kedai, restoran dan kedai kopi yang mengenakan bayaran yang tinggi untuk air minuman. Pihak kementerian tidak seharusnya menunggu pengguna untuk membuat laporan dikenakan bayaran berlebihan tetapi menggunakan kuasanya di bawah Akta itu untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Bertahan daripada perampasan bank

Dalam keadaan ekonomi yang suram ini, ketika pengguna berdepan dengan tekanan kewangan, terdapat peningkatan risiko kegagalan membayar pinjaman perumahan dan ini akan membawa kepada perampasan oleh pihak bank.

Bagaimanapun, proses perampasan itu tidak semestinya akan memusnahkan sama sekali kewangan peminjam jika mereka mengetahui dan melaksanakan hak mereka di bawah undang-undang.

Syarikat telekomunikasi perlu lebih prihatin terhadap pelanggan mereka semasa PKP

Malaysia kini dalam fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kebanyakan daripada kita telah berada terkurung di rumah untuk lebih dari lima minggu. Kita bukan sahaja bekerja, menjalankan persidangan video dan menjalankan pembelajaran tetapi juga membeli-belah dan menghiburkan diri di atas talian melalui internet. Pada masa seperti ini talian internet dan telefon amat diperlukan, oleh itu bermaksud perkhidmatan telco menjadi sangat penting.

Peguam cara tidak patut mengenakan bayaran kepada penggadai bagi pertukaran nama bank dalam dokumen gadaian

Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Majlis Peguam Malaysia dengan segera mengarahkan ahlinya supaya tidak mengenakan caj bagi penyediaan borang Pertukaran Nama dan Perintah Letakhak bagi pertukaran nama bank dalam dokumen gadaian  apabila melepaskan harta dari bank yang telah menukar nama kerana berlakunya penggabungan. Kos pertukaran nama bank dalam dokumen gadaian perlu ditanggung oleh bank berkenaan dan bukannya Penggadai.

Akta Kredit Pengguna: Lebih cepat memang lebih baik

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sukacita mengetahui bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan bahawa pembentangan Akta Kredit Pengguna akan dipercepatkan ke tahun ini.

Bulan lepas apabila Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, menyatakan bahawa Akta Kredit Pengguna akhirnya boleh menjadi sebahagian daripada perundangan Malaysia bermula pada tahun depan, kami mengalu-alukannya dengan sepenuh hati kerana perkara tersebut akhirnya bergerak ke arah yang betul.

Tangguhkan cukai perkhidmatan 6% yang akan dikenakan kepada pengguna telefon prabayar

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menangguhkan terlebih dahulu langkah oleh syarikat telekomunikasi yang akan mengenakan cukai perkhidmatan 6% terhadap pengguna telefon prabayar.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt