Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kawal Import Kelapa

Dengan perayaan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina semakin hampir, penanam dan penjual kelapa berhadapan dengan situasi mencabar untuk menjual kelapa tempatan yang berharga antara RM1.20 dan RM1.50 berbanding kelapa dari Indonesia yang berharga antara RM0.80 dan RM1.00. Alasannya ialah kelapa yang diimport dari Indonesia berharga hanya RM550 setan atau kira-kira RM0.55 sebiji.

Sekali lagi kita boleh melihat bahawa ia adalah hasil dasar yang tidak berpandangan jauh. Perangkaan 2016 menunjukkan ladang kelapa Indonesia seluas 3.6 juta hektar menghasilkan 183 juta tan kelapa. Penggunaan domestiknya ialah 1.8 juta tan, oleh itu ia mempunyai lebihan 181.2 juta tan untuk dieksport.

Bank Perlu Utamakan Kebajikan Rakyat Daripada Keuntungan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memastikan bank tidak mengenakan sebarang caj kadar faedah/keuntungan ke atas pinjaman dan penbiayaan Islam kadar tetap terhadap kumpulan B40 dan M20 bagi tempoh moratorium enam bulan. Caj kadar faedah sudah pun dikira dalam pinjaman.

Peguam cara tidak patut mengenakan bayaran kepada penggadai bagi pertukaran nama bank dalam dokumen gadaian

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Peguam Malaysia dengan segera mengarahkan ahlinya supaya tidak mengenakan caj bagi penyediaan borang Pertukaran Nama dan Perintah Letakhak bagi pertukaran nama bank dalam dokumen gadaian  apabila melepaskan harta dari bank yang telah menukar nama kerana berlakunya penggabungan. Kos pertukaran nama bank dalam dokumen gadaian perlu ditanggung oleh bank berkenaan dan bukannya Penggadai.

Pengguna perlukan skim insurans motor liabiliti tanpa kesalahan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan pengumuman oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan berunding dengan semua pihak yang berkaitan pada bulan depan sebelum mengemukakan cadangan skim kematian dan kecederaan pihak ketiga.

Pada Ogos 2007, Pejabat Peguam Negara mengemukakan kertas cadangan awal untuk memperkenalkan Skim Liabiliti Tanpa Kesalahan (NFL). Terdapat perbincangan intensif dengan semua pihak yang berminat termasuk BNM akan keperluan untuk skim NFL.

Pemilik Dan Penyewa Rumah Perlukan Perlindungan Undang-Undang Bagi Rumah Sewa

Sudah sekian lama Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menegaskan menyewa rumah adalah langkah terbaik untuk pengguna tetapi nampaknya kerajaan dan pemaju lebih menggalakkan pemilikan rumah.

Menurut Pengarah Urusan Institut Penyelidikan Khazanah, Datuk Charon Mokhzani, skim penyewaan rumah seperti Program Perumahan Rakyat adalah langkah ke hadapan. Namun beliau memberi amaran, kerajaan perlu memastikan penggunaan sumber secara berkesan dan berhemah dengan sumber yang semakin berkurang demi menggalakkan pemilikan rumah kerana masih terdapat alternatif lain seperti skim menyewa rumah dan menyewa untuk memiliki.

Kerajaan Perlu Berwaspada Mengenai Pengeluaran KWSP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merakamkan sokongannya terhadap kenyataan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tunku Alizakri Alias baru-baru ini yang mengingatkan para pencarum bahawa simpanan mereka adalah "untuk masa depan" dan tidak harus dikeluarkan.

Beliau menjelaskan bahawa 71.4 peratus daripada mereka yang bekerja sendiri mempunyai simpanan kurang dari satu bulan sementara 82.7 peratus dari mereka yang bekerja di sektor swasta mempunyai simpanan kurang dari dua bulan untuk menampung diri.

alt

alt

alt

alt

alt