Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Haram Membeli Surat Pajak Gadai

Sudah bertahun-tahun amalan membeli surat pajak gadai berlaku di negara ini. Menurut agensi penguatkuasa, Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, adalah tidak sah atau haram bagi sesiapa sahaja untuk membeli surat pajak gadai.

Di sebalik undang-undang dan denda yang dikenakan tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 12 tahun, amalan ini masih berterusan dan semakin berleluasa. Tindakan tidak mempedulikan undang-undang yang ada berpunca daripada kelemahan agensi penguatkuasaan itu sendiri. Pembeli surat pajak menjadi begitu berani sehingga secara terbuka mengiklankan perkhidmatan mereka.

 

Pembeli surat pajak biasanya terdapat di sebelah atau berhampiran kedai pajak gadai. Kita berasa hairan kerana agensi penguatkuasaan seolah-olah tidak menyedari kewujudan mereka. Ini sangat menghairankan dan memberi gambaran buruk mengenai penguatkuasaan proaktif undang-undang sedia ada.

Akta Pajak Gadai 1972 membenarkan pihak ketiga menebus surat pajak kecuali pemegang surat pajak telah melaporkan mengenai kehilangan surat pajak miliknya atau seseorang telah memperolehi surat pajaknya melalui cara penipuan.

Justeru itu, amalan haram ini boleh dibendung dengan mengadakan peraturan yang menjadikan suatu kesalahan bagi kedai pajak gadai menyerahkan barang gadaian kepada pihak ketiga.

Kami menggesa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar menggunakan kuasanya dengan membentuk undang-undang untuk memastikan kedai pajak gadai tidak menyerahkan barangan yang dipajak atau yang ditebus kepada sesiapa sahaja selain individu yang namanya tertulis di dalam surat pajak, atau pentadbir harta pusaka orang tersebut.

Kami turut menggesa pihak MACC supaya menyiasat kenapa amalan membeli surat pajak gadai yang sememangnya haram ini boleh berleluasa sehingga pembeli surat pajak begitu berani dengan secara terbuka mengiklankan perkhidmatan mereka.


Kenyataan Akhbar,19hb. Jun 2015

 

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt