Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kekal kepada garis panduan pinjaman baharu

Bank Negara tidak sepatutnya melonggarkan garis panduan pinjaman kereta baharu sepertimana yang dicadangkan oleh Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (Peda).

Menurut laporan berita, Peda mendakwa pendapatan ahlinya terjejas disebabkan oleh garis  panduan baharu itu, hanya 30% daripada pembeli kereta yang berpotensi berjaya untuk memperolehi pinjaman sewa beli.

Bagaimanapun terdapat alasan yang baik kenapa garis panduan ini diperlukan dan mesti diteruskan untuk dilaksanakan.

Pertama, nisbah pembayaran hutang isirumah Malaysia telah mencapai 47.8% pada 2010. Ini bermakna bahawa pada puratanya hampir separuh daripada pendapatan isirumah digunakan untuk membayar balik hutang. Dengan itu selepas membayar balik hutang tinggal hanya sedikit baki untuk dibelanjakan ke atas makanan, pengangkutan, pendidikan, dan untuk kecemasan. Sekiranya pencari nafkah utama jatuh sakit atau kehilangan kerja, keluarganya mendapatu amat sukar untuk memenuhi keperluan dan kemungkinan kegagalan untuk membayar pinjaman.

Kedua, selepas pinjaman perumahan, pinjaman kereta merupakan kategori terbesar hutang isirumah.

Akhir sekali, Jabatan Insolvensi mengumumkan pada tahun lepas bahawa pada purata 41 orang diisytiharkan bankrap setiap hari dan penyebab bankrap terbesar (26%) adalah pinjaman sewa beli.

Oleh sebab itu, garis panduan itu mestilah dikekalkan supaya rakyat Malaysia tidak dibebankan dengan pinjaman yang mengambil sejumlah besar pendapatan mereka. Terdapat juga kesan sosail terhadap keluarga yang mempunyai hutang isirumah yang tinggi. Ia boleh membawa kepada tekanan, kemurungan, masalah mental, bunuh diri dan mungkin menyebabkan perpecahan keluarga.

Surat kepada Pengarang - 23 Februari 2012

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt