Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Peningkatan kos penggunaan cek tidak dapat diterima

Cadangan Bank Negara untuk meningkatkan kos penggunaan cek dari 15 sen kepada 65 sen bermula 2014, tidak wajar dan perlu ditarik balik.

Walaupun Bank Negara mahu menggalakkan pengguna berubah kepada penggunaan pembayaran elektronik, adalah terlalu awal untuk berbuat demikian memandangkan transaksi secara dalam talian mempunyai batasannya.

Pertama, terdapat persoalan berhubung keselamatan dan kebolehpercayaan. Adakah ia selamat untuk memindahkan sejumlah besar wang secara dalam talian? Kerugian dalam perbankan Internet akibat penipuan berjumlah RM3.2 juta pada 2012. Apabila lebih ramai dipaksa menggunakan talian untuk memindahkan wang, angka itu dijangka akan meningkat lagi.

Daripada pengalaman kami, betapa sukarnya bagi pengguna untuk melawan pihak bank apabila berlaku sesuatu yang tidak betul dengan pemindahan wang elektronik mereka. Pihak bank sering memberikan jawapan sistem mereka berjalan dengan baik dan kerugian terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Kedua, tidak semua orang celik Internet manakala sebahagian yang lain pula tidak mempunyai akses kepada Internet.

Apabila pengguna merasa selesa dengan pemindahan wang secara dalam talian, mereka akan secara automatik mula melakukannya kerana ia begitu menyenangkan.

Sebelum itu, adalah tidak adil bagi pengguna didenda kerana menggunakan cek.

Kenyataan Akhbar - 27 Mac 2012

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt