Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

CAP Gesa Satu Undang-Undang Lelong Terkini dan Komprehensif


Lelong telah dijalankan sejak negara ini di bawah pemerintahan British dan undang-undang berhubung dengan lelong pada umumnya kekal tidak berubah. Kini tiba masanya untuk kita menggubal undang-undang lelong yang selaras dengan abad ke 21 bagi manfaat semua pihak yang berkenaan terutama sekali pembida (pembeli).

Pada masa kini urusan lelong dikawal oleh Enakmen Jualan Lelong F. M. S. Cap. 81 (No. 2 1929) yang sudah berusia 86 tahun dan yang lebih terbaharu sedikit adalah Kanun Tanah Negara 1965.
Enakmen 1929 itu mempunyai 13 seksyen dan hanya empat muka panjang meliputi ringkasan isu seperti pelesenan, notis penjualan, butiran pelelong yang perlu dipamerkan apakah pelelong mungkin beli, butiran agen pembida, kontrak jualan berasingan bagi setiap lot yang dilelong, penyiapan jualan, penalti, kuasa untuk membuat peraturan dan jualan di bawah perintah mahkamah. Memperbaharui lesen pelelong masih RM10 dan denda kerana melanggar undang-undang hanyalah RM100

Lesen lelong dikeluarkan oleh negeri secara individu dan sekali lagi undang-undang negeri wujud sebelum merdeka dengan pengecualian Peraturan Lesen Pelbagai (Pelelong dan Penilaian) Sarawak 1957. Contohnya, Kelantan mempunyai Enakmen Jualan Lelong 1930, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang mempunyai Peraturan Jualan Lelong 1926. Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka berada di bawah Ordinan Lesen Pelelong 1906.

Kanun Tanah Negara 1965 memberikan bank hak untuk merampas harta peminjam yang gagal membayar pinjaman mereka. Dalam perkataan lain, pihak bank boleh menjual harta ini melalui lelongan awam untuk mendapatkan kembali pinjaman mereka. Ia menetapkan peraturan statutori bagi bank perlu patuhi sebelum harta itu boleh dilelong.

Dalam zaman di mana lelongan boleh dijalankan melalui Internet, maka terdapat keperluan untuk mempunyai undang-undang yang menggambarkan realiti masa kini.

Ini bermakna mempunyai satu undang-undang yang merangkumi semua amalan industri untuk memastikan pembida tidak merugikan, meningkatkan profesionalisme pelelong dan umumnya untuk menjadikan industri ini lebih telus.

Beberapa saranan kami adalah:

-- Meletakkan industri pelelongan di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan. Semua lesen pelelong perlu dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan dan pendaftar pelelong perlu ditubuhkan.

-- Lembaga Pelelong perlu ditubuhkan bagi membolehkan pembida membuat aduan mengenai pelelong penyangak.

-- Penalti kerana melanggar undang-undang perlu cukup tinggi untuk bertindak sebagai pencegahan.

-- Untuk meningkatkan profesionalisme pelelong, semua pelelong berlesen perlu menghadiri kursus khas yang digubal dan lulus peperiksaan yang dikehendaki.

-- Semua jenis lelong termasuk lelongan dalam talian perlu dilindungi di bawah Akta. Ia perlu dinyatakan dengan jelas bahawa lelongan yang dijalankan oleh penjual persendirian juga dilindungi.

-- Langkah perlu dibuat bagi mencegah amalan yang tidak menyenangkan seperti manipulasi bidaan. Manipulasi bidaan berlaku apabila pembida bersetuju dalam kalangan sesama mereka sendiri untuk menghapuskan penyiapan dalam proses pemerolehan di mana ahli awam yang lain dinafikan harga yang sepatutnya.

-- Mengadakan satu Syarat Penjualan yang standard (bagi harta dengan hakmilik) dan Pengisytiharan Penjualan (bagi harta tanpa hakmilik/strata individu).

Sebagai contoh mempunyai syarat dan istilah yang berbeza dalam Syarat Penjualan dan Pengisytiharan Penjualan berhubung bil yang tidak berbayar seperti cukai tanah, taksiran, bayaran penyelenggaraan, dan bil utiliti mengelirukan pembida. Dalam beberapa kes bil tidak berbayar ditanggung oleh bank dan dalam kes lain ia ditanggung sepenuhnya oleh pembeli. Bil tidak berbayar ini mungkin berjumlah berpuluh ribu dan ia menambah kepada kos pembelian.

Dalam versi standard ini adalah dicadangkan agar pihak bank akan menanggung semua bil tidak berbayar dan yuran pelelong sebagai sebahagian daripada kos melakukan urusniaga. Apabila harta dilelong, peminjam sudahpun menghadapi kesukaran kewangan. Mereka tidak sepatutnya dibebankan lagi dengan yuran pelelong.

-- Menyeragamkan komisen maksimum yang mungkin dikenakan oleh pelelong. Had ke atas yuran maksimum yang dikenakan juga akan membolehkan persaingan.

-- Memperkenalkan format yang standard bagi iklan lelong untuk memastikan ia bermaklumat dan telus. Terdapat dakwaan bahawa pelelong kadangkala tidak menyediakan butiran yang cukup mengenai lelongan. Pembida yang berminat kemudiannya dipaksa untuk membayar untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap.


Kenyataan Akhbar, 29 September 2015

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt