Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Undang-undang Tanda Harga Mesti Dikuatkuasakan

Ketua Penguatkuasa Pulau Pinang, Chin Ching Chuang, daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, kelmarin dilaporkan dalam akhbar harian berkata penjual durian di Jalan Macalister dikenakan dua kompaun berjumlah RM2,000. Penjual itu dikenakan kompaun kerana mempamerkan harga yang mengelirukan dan tidak mempamerkan harga di dalam Bahasa Kebangsaan.

Rutin tinjauan yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di seluruh Pulau Pinang mendedahkan bahawa kebanyakan peniaga secara terbuka melanggar Akta Kawalan Harga. Tinjauan yang dibuat meliputi gerai makanan, pasar basah, gerai pasar malam, restoran dan kedai runcit.

Pesalah utama ialah gerai di mana harga minuman dan makanan yang dijual tidak mempunyai senarai harga atau tanda harga yang dipamerkan.

Kedua senarai pesalah ialah restoran di mana tanda harga tidak dikemaskini dan biasanya mengelirukan pengguna.

Dengan tidak mempamerkan tanda harga yang betul, pengguna biasanya “ditipu”.

Menurut Akta itu adalah menjadi tanggungjawab penjual untuk memaklumkan mengenai harga kepada pengguna. Bagaimanapun, kurangnya penguatkuasaan menghalang keberkesanan undang-undang ini.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya mengambil tindakan tegas dan menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang ini selaras dengan Seksyen 8 (1) Akta Kawalan Harga 1946, Pindaan 1973 dan mendakwa mereka yang melakukan kesalahan itu.

 

Kenyataan Akhbar, 26 Julai 2019

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt