Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Bahaya Tersembunyi Di Sebalik Transaksi Dalam Talian

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mana pasaran dalam talian adalah paling pantas berkembang di rantau ASEAN. Rakyat Malaysia menggunakan Internet untuk mendapatkan berita, penyelidikan, rangkaian sosial dan membeli-belah. Dengan 19 juta orang dalam talian, kita mempunyai penembusan tertinggi pembeli dalam talian yang menyokong perniagaan bernilai RM25 bilion yang dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2020. Bagaimanapun, adakah semua pembeli dalam talian bersedia untuk menghadapi cabaran yang datang bersamanya?

E-dagang semakin meningkat berikutan beberapa kelebihan seperti kemudahan membeli-belah secara dalam talian, kelebihan dari segi harga, tawaran ekslusif dan kemudahan untuk penelitian. Menempah tiket penerbangan, bilik hotel, tiket wayang, bayaran bil, transaksi dengan agensi kerajaan dan perbankan semuanya secara dalam talian. Pengguna yang membuat transaksi melalui laman sedemikian atau laman membeli-belah secara talian yang terkenal jarang berdepan sebarang masalah, asalkan mereka mengikuti prosedur yang betul dan tidak tertipu oleh laman phishing (menipu).

Kebanyakan isu yang timbul apabila pengguna membeli barangan melalui laman media sosial. Laman ini dikendalikan oleh syarikat kecil atau individu yang tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan yang mencukupi atau kaedah bayaran yang selamat. Juga di mana pihak yang tidak bertanggungjawab mencari mangsa terhadap pengguna yang tidak mengesyaki dan terlepas tanpa dikenakan hukuman.

Menurut Laporan Berita Digital 2017, rakyat Malaysia didapati pengguna WhatsApp terbesar dunia dengan 51%. Facebook dan You Tube juga terkenal dengan 58% dan 26%, WeChat dan Instagram, dengan 13%. Dengan perangkaan ini ia amat membimbangkan memandangkan berapa ramai pengguna berpotensi dalam bahaya ditipu.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menerima kira-kira 50 aduan dalam tempoh setahun yang lalu berhubung pelbagai penipuan dalam talian. Ini hanya sebahagian kecil daripada keadaan sebenar memandangkan bilangan sebenar dipercayai lebih besar memandangkan ramai pengadu enggan untuk meneruskan perkara itu selanjutnya apabila diberitahu prosedur yang perlu diambil untuk mendapatkan kembali wangnya. Sering kali perbelanjaan yang dikeluarkan melebihi tuntutan yang dibuat.

Dalam satu kes yang dikemukakan untuk perhatian CAP, pengadu gagal untuk layak mendapatkan pinjaman bank. Beliau didatangi oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya ejen pinjaman telah menawarkan kepadanya pinjaman yang boleh didapati dengan mudah dan cepat. Pengadu memberikan kad debit banknya dan butiran diri lain kepada ejen itu.

Daripada penyata banknya beliau mendapati akaunnya berada pada paras minimum tiba-tiba menjadi amat aktif dengan transaksi keluar masuk. Kemudian beliau ditahan polis behubung dengan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya, tetapi beliau tidak faham kenapa.

Kemudian beliau mendapati ejennya telah mengiklankan skuter berjenama baharu untuk dijual pada harga RM1,000 setiap satu dalam Facebook. Pembeli dikehendaki membayar deposit RM1,000 ke dalam akaun bank tertentu. Kira-kira 200 orang telah mendepositkan wang mereka ke dalam akaun dan menunggu skuter mereka yang tidak pernah diserahkan. Sementara itu ejennya turut lenyap.

Menurut laporan media kira-kira seminggu yang lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, ACP Mohd Luthfi melaporkan terdapat 139 kes pinjaman palsu dalam talian di Kuala Lumpur pada tahun lepas berjumlah RM3.7 juta.

ACP Mohd Luthfi menjelaskan mereka yang menjadi mangsa biasanya menghadapi masalah kewangan dan memerlukan wang dengan segera. Mereka terpikat oleh iklan di media sosial dengan tarikan syarat seperti kadar faedah rendah; tiada penjamin atau cagaran diperlukan; kelulusan segera; permohonan bebas-halangan bagi mereka yang disenaraihitamkan oleh bank juga layak. Penipu hilang dengan yuran memproses pinjaman. Memandangkan yuran itu biasanya amat kecil mangsa tidak membuat sebarang laporan dan menggalakkan penipu untuk terus melakukan penipuan mereka.

Malah lebih menakutkan serangan cyber yang dilancarkan di rantau Asia Pasifik beberapa tahun lalu yang telah menjejaskan sebahagian besar penduduk. Negara yang terjejas tidak mendedahkan sebarang perangkaan. Di Malaysia beberapa mesin teler automatik (ATM) turut terjejas oleh pengodam luar negara dan ini difahamkan disebabkan Sistem Operasi yang sudah lama dalam ATM.

Penipu menjadi semakin bijak memandangkan teknologi juga semakin berkembang dan mereka terus mengubah modus operandinya. Oleh sebab itu, pengguna yang membuat transaksi perlu berhati-hati  dan sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti gelap dalam alam cyber. Apabila berada di tempat awam elakkan daripada membuat transaksi secara dalam talian. Berhati-hati juga dengan kod imbasan Quick Response (QR) di tempat awam memandangkan penjenayah menampalkan kod QR mereka sendiri di atas yang asal. Elakkan juga dengan skim cepat kaya.

Sempena sambutan Hari Hak-hak Pengguna Sedunia bertemakan,“Making Digital Marketplaces Fairer” pada 15 Mac 2018, CAP menggesa pihak berkuasa terus menerbitkan perkembangan terkini mengenai bagaimana untuk mengalahkan jenayah cyber dan perangkaan jenayah cyber. Pihak berkuasa juga perlu mengesan jenayah dan mengenakan hukuman maksimum untuk tidak menggalakkan orang lain melakukan perkara yang sama. Pihak bank juga perlu mengemaskini Sistem Operasi ATM dengan lebih kerap.

Surat Kepada Pengarang, 14 Mac 2018

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt