Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Pemilik Dan Penyewa Rumah Perlukan Perlindungan Undang-Undang Bagi Rumah Sewa

Sudah sekian lama Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menegaskan menyewa rumah adalah langkah terbaik untuk pengguna tetapi nampaknya kerajaan dan pemaju lebih menggalakkan pemilikan rumah.

Menurut Pengarah Urusan Institut Penyelidikan Khazanah, Datuk Charon Mokhzani, skim penyewaan rumah seperti Program Perumahan Rakyat adalah langkah ke hadapan. Namun beliau memberi amaran, kerajaan perlu memastikan penggunaan sumber secara berkesan dan berhemah dengan sumber yang semakin berkurang demi menggalakkan pemilikan rumah kerana masih terdapat alternatif lain seperti skim menyewa rumah dan menyewa untuk memiliki.

CAP Gesa Satu Undang-Undang Lelong Terkini dan Komprehensif


Lelong telah dijalankan sejak negara ini di bawah pemerintahan British dan undang-undang berhubung dengan lelong pada umumnya kekal tidak berubah. Kini tiba masanya untuk kita menggubal undang-undang lelong yang selaras dengan abad ke 21 bagi manfaat semua pihak yang berkenaan terutama sekali pembida (pembeli).

Pada masa kini urusan lelong dikawal oleh Enakmen Jualan Lelong F. M. S. Cap. 81 (No. 2 1929) yang sudah berusia 86 tahun dan yang lebih terbaharu sedikit adalah Kanun Tanah Negara 1965.

Keuntungan 83,233% bagi segelas air 300 ml?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya menguatkuasakan dengan segera Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 terhadap kedai, restoran dan kedai kopi yang mengenakan bayaran yang tinggi untuk air minuman. Pihak kementerian tidak seharusnya menunggu pengguna untuk membuat laporan dikenakan bayaran berlebihan tetapi menggunakan kuasanya di bawah Akta itu untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Peguam cara tidak patut mengenakan bayaran kepada penggadai bagi pertukaran nama bank dalam dokumen gadaian

Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Majlis Peguam Malaysia dengan segera mengarahkan ahlinya supaya tidak mengenakan caj bagi penyediaan borang Pertukaran Nama dan Perintah Letakhak bagi pertukaran nama bank dalam dokumen gadaian  apabila melepaskan harta dari bank yang telah menukar nama kerana berlakunya penggabungan. Kos pertukaran nama bank dalam dokumen gadaian perlu ditanggung oleh bank berkenaan dan bukannya Penggadai.

Tangguhkan cukai perkhidmatan 6% yang akan dikenakan kepada pengguna telefon prabayar

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menangguhkan terlebih dahulu langkah oleh syarikat telekomunikasi yang akan mengenakan cukai perkhidmatan 6% terhadap pengguna telefon prabayar.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt