Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kenaikan Harga Daun Ketumbar dan Daun Sup Amat Mengejutkan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut apabila mendapati kenaikan mendadak harga daun ketumbar dan daun sup yang dijual di pasar-pasar di Pulau Pinang.

Tinjauan oleh CAP yang dilakukan pada 18 Mei 2020 menunjukkan harga daun ketumbar, daun sup dan daun saderi tempatan meningkat dengan mendadak.

Daun ketumbar yang diimport dari Thailand meningkat daripada RM10.00 sekilogram (RM1.00 setiap 100 gram) kepada RM22.00 per kg (RM2.20 setiap 100 gram) tiga minggu lalu dan kini harganya RM50.00 per kg (RM5.00 setiap 100 gram). Ini merupakan lima kali ganda daripada harga biasa! Malah harga daun ketumbar tempatan telah meningkat lebih daripada dua kali ganda daripada RM20.00 per kg (RM2.00 setiap 100 gram) kepada RM47.00 per kg (RM4.70 setiap 100 gram). Permintaan bagi daun ketumbar daripada Thailand amat tinggi disebabkan ia lebih wangi berbanding tanaman tempatan. Harga daun sup meningkat daripada RM4.00per kg (40 sen setiap 100 gram) kepada RM10.00 per kg (RM1.00 setiap 100 gram).

Menurut peniaga, peningkatan harga ini disebabkan permintaan yang tinggi terutama sekali pada bulan Ramadan. Bagaimanapun, kenaikan harga dua kali ganda dalam tempoh masa yang singkat dan bagi sayuran yang sedia ada serta mudah ditanam amat keterlaluan.

Kami menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya mengambil tindakan dengan segera terhadap peniaga yang menaikkan harga terlampau tinggi mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan  2011.

CAP juga ingin menasihati pengguna agar mengelakkan daripada menjadi mangsa tindakan mengambil keuntungan yang melampau ini. Sebagai ganti membeli daun ketumbar dan daun sup di pasar-pasar, cubalah menanam sendiri sayuran herba ini. Ia tidak memerlukan ruang yang luas, kotak atau pasu bunga boleh digunakan dan ia juga mudah untuk dijaga.

Kenyataan Akhbar, 19 Mei 2020

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt