Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Bank Perlu Utamakan Kebajikan Rakyat Daripada Keuntungan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memastikan bank tidak mengenakan sebarang caj kadar faedah/keuntungan ke atas pinjaman dan penbiayaan Islam kadar tetap terhadap kumpulan B40 dan M20 bagi tempoh moratorium enam bulan. Caj kadar faedah sudah pun dikira dalam pinjaman.

Kita kini berada dalam tempoh yang mencabar. Ramai daripada dua kumpulan ini kehilangan pekerjaan mereka, pendapatan berkurang atau tidak mampu untuk meneruskan perniagaan kecil mereka. Mereka mengalami kesukaran hidup dan oleh sebab itu dengan membebankan lagi mereka dengan kadar faedah tambahan boleh membawa kepada terjejasnya kewangan mereka, perpecahan dalam rumahtangga dan dalam kes yang lebih keterlaluan ialah membunuh diri. Inilah masanya bank mengutamakan kebajikan rakyat daripada keuntungan.

Perubahan secara tiba-tiba dalam tempoh 24 jam oleh BNM dan Persatuan Bank-bank Malaysia (ABM) berhubung isu ini telah menyebabkan kekeliruan dan memberikan gambaran bahawa pihak berkuasa tidak meneliti dengan lebih mendalam dasar yang diperlukan untuk mengendalikan situasi luar biasa ini.

Dilaporkan pada 30 April, kadar faedah/keuntungan akan dikenakan ke atas pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap dalam tempoh moratorium enam bulan, berkuatkuasa daripada 1 April. Apa yang dimaksudkan ialah bagi mereka yang memilih moratorium, mereka masih perlu membayar kadar faedah selepas tempoh moratorium tamat.

Bagaimanapun, pada hari berikutnya, BNM menjelaskan bahawa moratorium tidak secara automatik dikenakan kepada semua pihak yang berkenaan. Ini bertentangan dengan soalan lazim yang dikeluarkan oleh BNM dan banyak bank pada 30 April menyatakan bahawa moratorium enam bulan tidak akan dikenakan caj faedah. Pada 3 Mei,walaupun pengecualian faedah dinyatakan dalam soalan lazim, BNM mendakwa ia “daripada sejak mula menyatakan bahawa akan terdapat kadar faedah terakru atau keuntungan dengan mengambilkira moratorium enam bulan.”

Sementara BNM bergelut untuk menjelaskan kedudukan mereka, Kementerian Kewangan (MoF) berkata terdapat bank yang menawarkan moratorium pinjaman tanpa mengenakan kadar faedah terakru atau kadar faedah kompaun ke atas pinjaman.

Oleh sebab itu, kami menggesa semua institusi kewangan supaya mengecualikan kadar faedah/keuntungan ke atas pinjaman sewa beli dan produk kewangan Islam kadar tetap.


Kenyataan Akhbar, 5 Mei 2020

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt