Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Syarikat telekomunikasi perlu lebih prihatin terhadap pelanggan mereka semasa PKP

Malaysia kini dalam fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kebanyakan daripada kita telah berada terkurung di rumah untuk lebih dari lima minggu. Kita bukan sahaja bekerja, menjalankan persidangan video dan menjalankan pembelajaran tetapi juga membeli-belah dan menghiburkan diri di atas talian melalui internet. Pada masa seperti ini talian internet dan telefon amat diperlukan, oleh itu bermaksud perkhidmatan telco menjadi sangat penting.

Walau bagaimanapun, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menerima aduan daripada seorang pengguna bahawa Telekom Malaysia (TM) telah memutuskan perkhidmatan mereka, dan mereka hanya diberitahu kemudiannya bahawa perkhidmatan tersebut telah diputuskan kerana mereka telah melebihi had kredit.

Kami percaya bahawa syarikat telekomunikasi harus lebih prihatin terhadap perkara-perkara seperti had kredit dan pembayaran bil pada masa ini.

Selain utiliti seperti air dan elektrik, syarikat telekomunikasi yang menyediakan sambungan internet dan telefon adalah perkhidmatan paling penting yang rakyat perlukan pada masa kini. Tidak pernah terdapat begitu ramai orang yang mengguna internet sekaligus, bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Kegunaan internet sesiapa pun kemungkinan besar akan melebih dengan banyak  penggunaan internet yang biasa digunakan dan mereka juga membuat lebih banyak panggilan telefon daripada biasa selama tempoh PKP ini, jadi tidak hairanlah bahawa sangat mudah untuk pengguna melampaui batas kredit yang diberi.

CAP memohon agar Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah dan semua syarikat telekomunikasi utama mencari jalan untuk lebih prihatin terhadap pengguna dari segi had kredit dan bil telco. Pada masa kini di mana kita terpaksa duduk di rumah tanpa keluar ke mana, ia adalah memudaratkan apabila satu-satunya benda yang menghubungkan kita dengan dunia luar dirampaskan, internet adalah jalan kehidupan bagi ramai orang pada masa kritikal ini.


Surat kepada Pengarang, 18 April 2020

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt