Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

DIREKA UNTUK MENJADIKAN KANAK-KANAK OBES: Pameran di Kaunter Keluar

Kenapa pameran di kaunter keluar sering menjual gula-gula, coklat, manisan, dan lain-lain snek tidak sihat? Dan sering diletak atas rak pada paras mata kanak-kanak?

Kajian yang dibiayai oleh kerajaan United Kingdom (UK) menunjukkan bahawa 76% kurang pembelian gula-gula dan manisan dibeli dari pasar raya yang tidak mempamerkannya di kaunter keluar berbanding dengan yang berbuat demikian.

Pameran di kaunter keluar menggoda kanak-kanak untuk mengambil barangan ini dan dimasukkan ke dalam troli membeli-belah ketika keluarga sedang beratur di kaunter. Kanak-kanak menggunakan kuasa mendesak dan membuat perangai ketika saat ibu bapa tertekan apabila terdapat ramai orang yang tidak sabar. Tidak melayani permintaan anak ketika ini kelihatan buruk; oleh itu, kebanyakan ibu bapa akan mengalah kepada pembelian tidak sihat ini.

CAP Puji Pengharaman Minuman Keras Oleh DBKL

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyokong langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengharamkan kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras berkuatkuasa 30 September 2021.

Cadangan Rang Undang-Undang Farmasi Tidak Wajar

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berasa kecewa dengan keputusan Kementerian Kesihatan untuk tidak mengasingkan tugas memberi dan mempreskripsi ubat. Kementerian Kesihatan ternyata telah tunduk kepada tekanan lobi perubatan yang berpengaruh dengan mengelak daripada membentuk satu sistem yang mengasingkan tugas-tugas mempreskripsi dan memberi ubat. Mengasingkan tugas mempreskripsi dan memberi ubat sudah lumrah di negara maju. Adalah sesuatu yang ironik bahawa negara yang beraspirasi untuk mencapai status pendapatan tinggi menjelang 2020 mengambil langkah ke belakang dalam amalan penjagaan kesihatan.

Menyembur Tubuh Dengan Pembasmi Kuman Tidak Disarankan Oleh WHO

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut melihat gambar di dalam media cetak yang menunjukkan seorang wanita menyembur cecair pembasmi kuman daripada botol semburan kepada sekumpulan kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak (taska). Kami pasti bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ibu bapa bimbang dengan amalan seperti itu.

Sebagai maklum balas segera, kami ingin menggesa semua pusat jagaan kanak-kanak yang memulakan operasi daripada 2 Jun supaya menghentikan segera menyembur kanak-kanak dengan cecair pembasmi kuman memandangkan mata dan selaput lendir kanak-kanak lebih sensitif terhadap kimia yang terdedah kepadanya.

Sisa antibiotik dalam daging

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa pada 2017 kira-kira 80% antibiotik digunakan ke atas ternakan ladang. Lebih banyak antibiotik digunakan pada haiwan berbanding manusia.

Antibiotik digunakan ke atas ternakan ladang sebagai mencepatkan pembesarannya, untuk mencegah wabak penyakit dan untuk merawat haiwan yang sakit.

Kegilaan Kota

“Agaknya situasinya adalah seperti ini.

Bayangkan kita melihat pakar psikiatri sedang bertugas, psikiatri yang baik, penyayang, malah berbakat. Di luar bilik menunggu duduk sekumpulan pesakit, amalan yang berkembang maju. Seorang demi seorang dibawa masuk untuk menerima rawatan.

Mereka kelihatan banyak menuntut, mempamerkan gangguan emosi yang sebenar: hampir histeria, tertekan oleh kemurungan dan ingin membunuh diri, mengalami halusinasi, bertukar menjadi katatonia, menderita mimpi ngeri, manusia terdorong ke arah putus asa akibat khayalan paranoid bahawa mereka sentiasa terus diperhatikan oleh orang yang berniat untuk mencederakan mereka.

alt

alt

alt

alt

alt