Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kelalaian Tugas Suruhanjaya Tenaga

Lima tahun selepas Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melaporkan (pada 25 Oktober 2010) kepada Suruhanjaya Tenaga (ST) mengenai penjualan “bantal pemanas” yang dipanaskan melalui bekalan elektrik, ST mengeluarkan arahan melarang import, pengilangan, penjualan, pengiklanan produk pada 23 Oktober 2015. Bagaimanapun, tiada penguatkuasaan terhadap arahan itu. CAP dapat membeli satu daripada bantal ini pada 26 April 2016.

Diabetes Pembunuh Dalam Senyap – CAP

Wabak Covid-19 dianggap penyakit yang amat serius sehingga negara-negara di seluruh dunia mengambil langkah drastik untuk membendungnya. Namun terdapat satu lagi pembunuh di sekeliling kita yang setiap tahun meragut nyawa dalam jumlah yang lebih besar berbanding Covid-19 iaitu diabetes mellitus.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 200 juta penduduk di seluruh dunia menghidap diabetes dan setiap tahun, tujuh juta lagi menghidapinya.  Pada 2019 terdapat lebih daripada 500,000 kematian akibat diabetes membabitkan golongan berusia 60 tahun dan lebih muda di Asia Tenggara. Menurut Buletin Perangkaan Sosial 2019 Malaysia, diabetes merupakan salah satu daripada punca utama kematian pada 2018.

Tuntutan Terhadap Keselamatan Dan Keutamaan

Jalan raya direka bentuk untuk automobil sahaja. Bukan untuk penunggang basikal, pejalan kaki atau kanak-kanak, golongan tua mahupun yang kurang upaya. Kita, golongan yang sihat, mempunyai kelemahan dalam banyak keadaan – bayangkan anda bersama 4 anak kecil cuba melintas jalan  sambil memegang barangan yang dibeli. Kebajikan pengguna jalan raya  selain kenderaan hanya difikirkan kemudian ketika membina jalan. Tujuan utama pembinaan jalan ialah kelajuan dan tiada halangan.

Kesemua yang lain ini menjadi penghalang dan jika tersilap langkah, anda mati. Kenderaan bermotor adalah mesin pembunuh namun kita menyukainya. Tujuan utama pembinaan jalan ialah akses, bukan kereta. Kita sudah mencampuraduknya dan membunuh manusia tetapi mendakwa ia satu kemalangan. Kita sebenarnya sudah membentuk zon perang yang besar di jalan raya!

Pengurangan Cukai Adalah Racun, Bukan ‘Penyembuh’ Bagi Rokok Haram

Adakah kita akan mengesahkan parti dadah dan menjadikannya lebih murah untuk mencegah atau mengurangkan penggunaan secara haram? Jika ia satu idea yang tidak masuk akal maka ketagihan nikotina (biasanya dalam bentuk merokok) perlu ditangani dengan langkah kawalan tembakau yang lebih ketat.

Industri tembakau menyuarakan hakikat bahawa kira-kira 60 peratus rokok yang dihisap oleh kira-kira 5 juta perokok adalah rokok yang diseludup. Dilaporkan bahawa Jabatan Kastam Malaysia berjaya menghentikan cubaan menyeludup 456.03 juta batang rokok antara Januari dan Jun 2020 iaitu hampir dua kali ganda bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

Kenakan cukai ke atas minuman ringan untuk cegah diabetes

CAP menggesa pihak berkuasa supaya mengenakan cukai ke atas minuman ringan sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan bilangan penghidap diabetes yang semakin meningkat di negara ini.

Memperkenalkan “Bahasa Rokok” kepada Kanak-kanak

alt

Helah baru untuk menarik kanak-kanak menjadi perokok di masa depan       
 
Sungguhpun terdapat pelbagai usaha untuk membendung tabiat merokok di seluruh dunia, namun masih ada sesetengah pihak yang cuba mematahkan usaha murni tersebut.
 
Satu tinjauan yang dijalankan oleh CAP mendapati beberapa produk yang menyerupai jenama-jenama rokok yang popular yang mensasarkan kanak-kanak kini beredar di pasaran.

alt

alt

alt

alt

alt